14 January 2012

Gelombang kedua revolusi akan landa Tunisia?

Gelombang kedua revolusi akan landa Tunisia?
TUNIS - Adakah Tunisia akan dilanda gelombang kedua revolusi kebangkitan rakyat pada tahun ini selepas dua orang penduduk dilaporkan membakar diri pada minggu lalu?

Ini kerana, Tunisia sekali lagi dikejutkan dengan insiden bakar diri melibatkan seorang lelaki yang didakwa mempunyai rekod pesakit mental dalam tempoh dua hari selepas kejadian sama berlaku di selatan negara itu.

Daoud Bouhli, 50, dipercayai menyiram tubuhnya dengan minyak sebelum membakar dirinya di hadapan majlis perbandaran Bizerte terletak di utara negara tersebut.

Khamis lalu, penganggur dan bapa kepada tiga anak, Ammar Gharsalli, 45, juga membakar dirinya di hadapan majlis perbandaran Gafsa yang menjadi pusat utama perlombongan fosfat di selatan Tunisia.

Gharsalli mengambil tindakan sama seperti dilakukan wira revolusi Timur Tengah, si penjual buah, Mohamed Bouazizi selepas dilarang masuk untuk bertemu dengan delegasi yang melawat para menteri kerajaan.

Gharsalli dan Bouhli kini dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami kesan lecur teruk akibat tindakan berani mati mereka itu.

Kejadian membakar diri di negara di Afrika Utara seakan menjadi simbol protes rakyat terutamanya bagi golo-ngan penganggur yang kecewa dan putus asa dengan pemerintahan kerajaan.

Setahun selepas kebangkitan revolusi rakyat di Tunisia, kerajaan baru negara tersebut dilihat masih gagal untuk menangani masalah pengangguran serius dan ketidakstabilan ekonomi akibat mogok pekerja serta sambutan sektor pelancongan yang muram.

Related Posts:

  • Rosmah lebih baik dari Mahsitah Senator Datuk Dr.Mashitah ahli dalam bidang ugama Islam, seorang timbalan menteri di JPM jika dibandingkan dengan Datin Paduka Dr Rosmah Mansor isteri kepada PM Najib Razak (belajr ilmu sekular) lebih baik budibicaranya j… Read More
  • Ratu England pun ikut sunah Nabi Pada Februari lalu, Kapten (U) Harry berjaya menamatkan latihan sebagai juruterbang helikopter tempur Apache dengan cemerlang. Beliau yang mengharungi latihan tersebut selama 18 bulan di Amerika Syarikat baka… Read More
  • Pengaruh manusia pada cuacaTahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.  Bagaimana ini bol… Read More
  • 1000 wanita jadi mangsa askar-askar di selatan ThaiNARATHIWAT: Permasalahan isu keganasan di Selatan Thailand dirumitkan lagi dengan tindakan askar kerajaan meninggalkan begitu saja 1,000 wanita Islam selepas menjalin hubungan atau berkahwin dengan mereka. Pengerusi Jawa… Read More
  • Ajaib! Kena sambar kilat kulit jadi corak bungaLelaki ini telah disambar kilat dan telah meninggalkan kesan parut yang pelik.Ada yang menggelarkan parut ini dengan nama Lichtenberg Scar.       … Read More

0 comments:

Post a Comment