15 January 2012

Cemburu SMS bawa padah

KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan.

Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa.
Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang.

“Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan,” katanya.
Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah.

Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Related Posts:

  • 200 penduduk bimbang ular sering jadi ‘tetamu’KLANG: Kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, di sini, kini hidup ketakutan dan diselubungi rasa bimbang apabila rumah yang mereka diami sering dimasuki binatang berbisa seperti ular. Masalah ini berpunc… Read More
  • Sapu bersih wang ATMKUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kes… Read More
  • Tragedi lampu merah REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang. HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan. GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang dre… Read More
  • Teras dakwa wujud kes murtad akibat pengaruh Facebook SHAH ALAM - Teras Pengupayaan Me… Read More
  • Pelantikan AC Mizal dipertikaiIPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipi… Read More

0 comments:

Post a Comment