17 February 2013

Cara Fatimah Az Zahra Minta Maaf Kepada Suaminya

Ketaatan Fatimah Az Zahra kepada suaminya Sayyidina Ali menyebabkan Allah subhanahu wa ta'ala mengangkat darajatnya. Fatimah Az Zahra tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Meski begitu, kemiskinan tidak menghalangi Fatimah Az Zahra untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Pernah suatu hari, Fatimah Az Zahra telah membuat Ali terusik hati dengan kata-katanya. Menyadari kesalahannya, Fatimah Az Zahra segera meminta maaf berulang-ulang kali.

Melihat air muka suaminya tidak juga berubah, maka Fatimah Az Zahra berlari-lari seperti anak kecil mengelilingi Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan. Melihat tingkah laku Fatimah Az Zahra itu, tersenyumlah Ali dan lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.

Begitulah yang ditetapkan Allah SWT mengenai kedudukan suami sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah Az Zahra itu bukanlah suatu kesengajaan. Semoga kita bisa mengambil hikmah dari kisah agung ini..

Adakah isteri zaman ini pernah meminta maaf apabila menyakiti hati suaminya ??

Related Posts:

  • Apabila Segalanya Di Pertontonkan Di Facebook Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali ini lebih tena… Read More
  • Di Mana Harga Seorang Wanita Hingga kini dunia islam bagai hilang punca, tertanya-tanya apakah jalan keluar sebenarnya bagi krisis kemanusiaan seperti pembunuhan, rompakan dan rogol? Mengapa masalah itu timbul? Jawabnya tidak lain adalah kerana ins… Read More
  • Kisah sedih pengorbanan seorang doktor Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..dia mendapati ayah kepada budak y… Read More
  • Ramai Yang Tidak Tahu Kelebihan Habbatus Sauda Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Musli… Read More
  • Hukum Menyambut Tahun Baru Cina Penganut agama Buddha ada dua perayaan besar, perayaan tahun baru iaitu Chinese New Year dan perayaan agama iaity Chap Goh Mei. Perayaan agama seperti Chap Goh Mei haram kita sambut. Apa Itu Chap Goh Mei? Lima belas ha… Read More

0 comments:

Post a Comment