11 February 2013

Benarkah Alat solek wanita bawa maut ?

London: Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran.

Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.

Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia.

Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.

Bukti kukuh

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan.

Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

Fungsi jantung menurun

Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.

Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.

Sumber - Agensi

Related Posts:

  • Hikmah Kenapa Hubungan Suami-Isteri Ketika Haid Dilarang Al Quran Islam sebagai jalan hidup bagi manusia sempurna mengatur tata cara dan ibadah para penganutnya. Melalui Al-Quran dan Hadis yang diwariskan Muhammad SAW kepada umatnya, terdapat larangan-larangan yang perlu dijauhi dan pe… Read More
  • Wajib Baca: Jangan Korbankan Orang Tua Demi Isteri Suami Harus Mendahulukan Ibunya Daripada Isterinya. Sangat wajar kalau anak lelaki meskipun sudah berkahwin tapi tetap memerhatikan ibu dan bapanya, bahkan ini adalah kewajipan anak lelaki kepada orang tuanya, terutam… Read More
  • Apabila Seorang Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk | “Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya y… Read More
  • Petua Untuk Awet Muda Cara Islam Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi… Read More
  • Kisah Anak Gadis Lupa Diri Setelah Masuk IPT Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengaj… Read More

0 comments:

Post a Comment