21 February 2013

Isteri sanggup tipu suami sebab Nak Berzina dengan Bangla

ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.

Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.

“Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, “ katanya.

Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.

Related Posts:

  • Kadar gaji minimum swasta dalam 2 bulan IPOH - Kerajaan pusat dijangka akan mengumumkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta dalam tempoh dua bulan lagi. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subram… Read More
  • Mayat hampir reput ditemui KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir re… Read More
  • Bekas mufti Kelantan meninggal dunia akibat angin ahmar KOTA BHARU - Bekas Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mat Hassan, 76, yang diserang angin ahmar sejak empat tahun lepas, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Banggol di sini, hari ini. Allahyarham yang berkhidmat s… Read More
  • Guru bimbang ugutan bunuh ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonan… Read More
  • Dikurung geng gores SELAMAT...Nor menunjukkan duit dan gelang tangan yang diberi kepada sindiket terbabit.  KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersep… Read More

0 comments:

Post a Comment