17 February 2013

Menyesal tak sudah selepas Mengidap HIV

Kuala Lumpur: Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.   

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.

Related Posts:

  • Nik Aziz: Serang dasar bukan peribadi manusia KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas menyelar tindakan pihak tertentu yang masih menyerang keper… Read More
  • Mangsa rindu abangPUCHONG: “Arwah rindukan abangnya dan sampai mati pun dia tidak sempat berjumpa,” kata pengawal keselamatan, Amir Elias, 45, bapa kanak-kanak berusia 12 tahun yang ditemui lemas dalam lombong berhampiran Flat PPR Kampung M… Read More
  • Dalang cetek agamaIPOH: Kejadian artis, ahli perniagaan, ahli politik mahupun orang kebanyakan yang terkena santau atau ilmu sihir, perlu dipandang serius berikutan ia kian kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Perkara itu diakui pengamal… Read More
  • Pas tidak bimbang road show Hasan Ali - Nik Aziz KOTA BHARU - Pas tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik … Read More
  • Kereta melambungKUALA TERENGGANU: Empat lelaki maut manakala seorang wanita terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kereta di Jalan Sultan Mizan berhampiran Taman Semarak, di sini, kira-kira jam 6.25 petang semalam. Mangs… Read More

0 comments:

Post a Comment