13 February 2013

Kisah Gadis Pinanganku

Dari Diari Seorang Mujahid

Kisah Gadis Pinanganku

Aku : Assalammualaikum pakcik. Saya berhasrat untuk meminang anak perempuan pakcik.

Pak Cik: Waalaikummussalam. Kalau begitu, pakcik perlu bertanyakan pada tuan punya badan dulu.

Pak Cik: Ada seorang pemuda yang bagi ayahmu ini layak untuk dijadikan seorang suami. Perwatakannya baik, agamanya terjaga, akhlaknya bagus dan dia sangat disenangi.

Gadis: Oh. Alhamdulillah. Masih ada lelaki seperti ini.

Pak Cik: Pemuda ini berhajat untuk meminangmu. Ayah sangat bersetuju tetapi kamu juga perlu memberi persetujuan.

Gadis: Tetapi ayah, saya takut hatinya akan terluka kelak.

Pak Cik: Mengapa kamu berkata demikian?

Gadis: Kerana saya takut tiada ruang di hati ini yang boleh saya berikan untuknya.

Pak Cik: Adakah kamu sudah punya pilihanmu sendiri?

Gadis: Tidak ada ayah.

Pak Cik: Jadi kenapa kamu takut?

Gadis: Kerana hati saya penuh rasa cinta, kasih dan sayang hanya pada Allah, Rasulullah SAW, ayah dan umi. Saya takut saya tidak mampu mencintai dia, memberi kasih dan sayang kepadanya setelah kami bernikah nanti. Dan ini akan membuatkan hatinya terluka.

Pak Cik: SubhanaAllah. Ayah berbangga memiliki seorang anak yang hatinya penuh dengan rasa kasih, sayang dan cinta hanya kepada Penciptanya, Rasulullah SAW dan orang tuanya. Sewaktu kamu dilahirkan, hati kamu kosong. Tiada rasa cinta dan kasih pada sesiapa pun kerana kamu tidak mengenali sesiapa. Detik demi detik, kamu meningkat dewasa, hatimu ku semai dan ku tanamkan benih rasa kasih dan sayang kepada Allah, Rasulullah SAW dan orang tuamu.

Apabila kamu sudah cukup matang dan dewasa seperti kamu pada hari ini, benih itu telah bercambah dengan besarnya sehingga memenuhi segenap ruang di hatimu. Perasaan kasih dan sayangmu itu wujud setelah kamu mengenali Allah,Rasul dan orang tuamu. Masakan benih itu bercambah sendirinya tanpa disemai?

Begitu juga dengan keadaan mu sekarang ini. Kamu tidak mengenali pemuda ini lagi, bagaimana benih itu mahu ditanam di dalam hatimu? Setelah ditanam, ayah percaya benih itu mampu disemai dan dibaja dengan baik oleh bakal imammu itu nanti. Malah mungkin lebih baik dari benih sebelum ini iaitu dari ayahmu ini, ayah yakin pemuda ini mampu memimpinmu dengan baik.

Gadis: Ayah, saya sangat terharu. Jika ini keputusan yang terbaik bagimu, nyata ianya terbaik bagiku. Saya bersetuju untuk menerima pinangannya ini ayah.

Pak Cik : Alhamdulillah.

Artikel disumbangkan oleh: Nurul Nadiah Ilias

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.”

~ (Hadist)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” ~ (QS. Al Israa’ :32)

Related Posts:

  • Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ad… Read More
  • Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng Soalan: Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz.Jawapan:Bila termenung jauh memikirkan … Read More
  • Bagaimana Jika Isteri Lebih Tua Dari Suami? Bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran… Read More
  • Menarik! Sunah Rasulullah S.A.W ketika bangun tidur Rasulullah S.A.W manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai contoh ikutan kepada seluruh  umat  manusia di muka bumi ini. Sebagai muslim  kita sering mengatakan yang kita cinta, kagum, s… Read More
  • Bagus sangat ke Bila Fesyen Tudung Semakin Pelik ? Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya.Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ?Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup au… Read More

0 comments:

Post a Comment