14 February 2013

Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Terdapat satu email menarik daripada seorang sahabat. Sumber asal pun mungkin daripada salah satu yahoo group yang popular.

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)
 
Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939.

Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.

Bayi Terkecil Dunia
 
Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Kembar Hitam dan Putih
Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.  

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)
Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)
Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun. 

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan


Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibubapa Hitam Dan Anak Putih
Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri.

Related Posts:

  • Hikmah pakar bedah pakai baju hijauSelalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yan… Read More
  • Lelaki Cari Awek VS Lelaki Cari Isteri (ikutlah nak baca) LELAKI NAK CARI AWEK ↓• Tak kisah laa dia freehair atau bertudung • Pakai seksi dan ketat satu kelebihan • Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak • Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka •… Read More
  • Pokok pisang ajaib POKOK pisang milik Sarman ini mempunyai tiga tandan dan lima jantung pisang di Wonogiri, Jawa Tengah. WONOGIRI - Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, se… Read More
  • Pelik melihat Ayam berkaki empat Inilah ayam milik Carik yang berkaki empat di Kebonarum, Klaten, Jawa Tengah. KLATEN - Sebuah perkampungan di Kebonarum daerah Klaten, Jawa Tengah menjadi popular sejak sebulan lalu selepas kemunculan seekor ayam berk… Read More
  • Subhanallah!! Awan Berbentuk Tsunami Di Langit Segamat, Johor.Jika sebelum ni Budak Botak ada buat entry pasal Awan Bentuk Tsunami Di Langit Alabama... (",), kali ni ada awan berbentuk ombak besar pulak kat Segamat pada 24 Disember lalu. Makin banyak bentuk awan pelik2 ye, adakah… Read More

0 comments:

Post a Comment