22 February 2013

Sanjung Kubur Ketua Mafia Walaupun Sudah Mati

Geng Mafia merupakan antara kumpulan yang amat digeruni bagi sesiapa sahaja yang tahu tentang ‘aktiviti’ mereka. Mereka dianggap berbahaya kerana mampu melakukan apa sahaja demi mendapatkan kepuasan dan kekayaan. Tahukah anda, di Moscow terdapat sebuah kawasan perkuburan yang menempatkan ratusan geng mafia termasuklah ketua mereka. Lihatlah, mereka seolah-olah disanjung dan diraikan. Begitu hebat pengaruh!

Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.

Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.

Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia.

Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.

Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.

Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. “Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan,” katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit.

TANAH perkuburan Shirokorechenskoye menjadi tempat bersemadinya ramai penjenayah Russia.

“Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup,” katanya. – TS

Related Posts:

  • Terowong mautKEPALA BATAS: Terowong ‘mini’ di Jalan Paya Keladi, dekat sini, hanya 10 meter panjangnya tetapi didakwa menjadi ‘perangkap maut’ kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal. Kebanyakan kenderaan dari arah Paya Kelad… Read More
  • Subhanallah! ada sungai dalam laut!!"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda terma… Read More
  • Buku paling tua di dunia MANUSKRIP tamadun Maya dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek, di Dresden,timur Jerman kelmarin. DRESDEN, Jerman - Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah bu… Read More
  • Rumah dirempuh kereta ketika solatSEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat. Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyin… Read More
  • Warga emas nyaris maut ditanduk dan dilambung lembuKUANTAN: Niat murni warga emas mahu menghalau lembu jantan berkeliaran berdekatan masjid bertukar tragedi apabila dia nyaris maut ditanduk dan dilambung setinggi dua meter ternakan berkenaan yang naik minyak. Akibat ke… Read More

0 comments:

Post a Comment