21 February 2013

Subhanallah! 40 orang Hindu Jadi Buta Sebab Runtuhkan Masjid

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.   

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

Wallahu’alam….

Related Posts:

  • Asia Tengah selepas Asia BaratKebangkitan rakyat di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara yang bermula sejak hujung tahun lalu didorong faktor domestik yang sama bagi semua negara, iaitu pemerintahan autoritarian yang berdekad dan berciri dinastik.… Read More
  • Peminat 1Phone 4S berangBEIJING 14 Jan. - Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai. Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke… Read More
  • Presiden Taiwan menangTAIPEI 14 Jan. - Parti pemerintah Taiwan, Parti Nasionalis mencatat kemenangan dalam pilihan raya Presiden negara ini hari ini, sekali gus mengekalkan Ma Ying-jeou sebagai Presiden bagi penggal kedua. Ying-jeou, 61, menewas… Read More
  • Dua rakyat Malaysia didakwaSINGAPURA 14 Jan. - Dua rakyat Malaysia didakwa di mahkamah hari ini kerana memiliki peralatan membuat kad pengeluaran wang automatik (ATM) palsu. Mereka turut dituduh merancang untuk menggunakan kad ATM palsu itu bagi mem… Read More
  • Militan akui rancang serangan di BangkokBANGKOK 14 Jan. - Lelaki Lebanon yang ditahan, semalam kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah hari ini mengakui, dia merancang untuk melancarkan serangan di Bangkok. Ketua Polis Bangkok, Priewpan … Read More

0 comments:

Post a Comment