22 February 2013

Apabila Sahabat Meminta Kain Kesayangan Rasulullah SAW

Memang sudah menjadi fitrah, sesuatu barangan yang kita rasa sayang, seperti agak berat untuk memberikan kepada seseorang. Ini kerana barang itu seperti sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. Tetapi ia tidak berlaku kepada Rasulullah SAW. Rasulullah sanggup menyerahkan sehelai kain yang merupakan miliknya, tetapi seorang sahabat suka akan kain tersebut lalu meminta keizinan dari Rasulullah SAW untuk memilikinya. Lalu Rasulullah SAW tetap memberikan kain tersebut kepada sahabat tadi.

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.

“Baiklah,” jawab Nabi S.A.W ringkas.

Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

“Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasululah S.A.W.

Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, “Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku.”

Related Posts:

  • Subhanallah! 19 Berita Gembira Untuk Kaum Wanita Gambar Hiasan 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa … Read More
  • Masuk Islam Setelah Mendengarkan Lagu Arab Mariano Ricardo Calle namanya. Dia berasal dari Buenos Aires, Argentina. Sebelum masuk Islam, Mariano menganut agama Katolik Roma. Sejak kecil sudah diasuh dan tinggal dalam suasana agama Kristen yang taat.“Di masa remaja… Read More
  • Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid Pengharaman Seks Semasa HaidIslam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepada… Read More
  • Apabila Sahabat Meminta Kain Kesayangan Rasulullah SAW Memang sudah menjadi fitrah, sesuatu barangan yang kita rasa sayang, seperti agak berat untuk memberikan kepada seseorang. Ini kerana barang itu seperti sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. Tetapi ia tidak berlaku … Read More
  • Mesrakah Masjid Dengan Kanak-Kanak? Baik solat sunat terawaih, solat fardhu jumaat, kanak-kanak dilihat gembira ketika berada di masjid.  Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam … Read More

0 comments:

Post a Comment