26 January 2012

Pengguna kritik polisi privasi Google

LONDON 26 Jan. - Pengguna Google selepas ini mungkin akan merasa 'terbeban' setiap kali melayari laman carian popular itu susulan rancangannya untuk menghubungkan maklumat pengguna antara e-mel, video, rangkaian sosial dan lain-lain perkhidmatan.

Perubahan itu melibatkan maklumat daripada Gmail kepada YouTube, seterusnya ke rangkaian sosial Google Plus.

Sebagai contoh, jika anda menghabiskan masa sejam mendaftar masuk ke akaun Google mencari laman web mengenai papan luncur, kali berikutnya anda mendaftar masuk ke YouTube, anda akan dipaparkan video menampilkan Tony Hawk bersama iklan barangan berkaitan dan tempat yang paling hampir untuk membelinya.

Rancangan yang dijangka bermula 1 Mac ini bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak yang menganggap ia sebagai pelanggaran maklumat peribadi terutama berkaitan perkara sensitif dan sulit.
Masalah menjadi lebih rumit bagi mereka yang berkongsi akaun dengan individu lain.

Penulis dari Washington Post, Cecilia Kang menggambarkan penyatuan pelbagai maklumat itu sebagai 'kawah besar data' sekali gus membelot hak pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi antara laman berbeza.

"Pengguna Gmail, sebagai contoh, mungkin menghantar mesej tentang mesyuarat sulit kepada rakan sekerja dan tidak mahu lokasinya diketahui namun dengan polisi baru ini ia menjadi sebaliknya," kata beliau.

Google bagaimanapun berpendapat perubahan tersebut memberi pengalaman melayari Internet yang lebih mudah dan menepati gerak hati pengguna.

"Jika anda mendaftar masuk ke Google, kami boleh mencadangkan pencarian atau memberi sesuatu yang hampir kepada anda mahukan berdasarkan maklumat yang anda cari dalam Google Plus, Gmail dan YouTube," menurut kenyataan syarikat mengenai polisi baru mereka itu. - AGENSI

Related Posts:

  • Subhanallah! Ikan Yang Boleh Memanjat Dinding Sejenis Spesies ikan yang unik telah ditemui oleh penyelidik Amerika Syarikat..Iaitu ikan yang boleh memanjat dinding setinggi 100meter dengan munggunakan mulut..Seperti yang dilaporkan dari laman web LiveScience, 7 janua… Read More
  • Kisah Khalifah Umar Al-Khattab Membuka Kota Al Quds Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yan… Read More
  • Hina Rasulullah: Mc Donald Tarik Balik Power Rangers Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah paham akibat mun… Read More
  • Kisah Wujudnya Tapak Ibrahim Berdekatan Baitullah Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah s.w.t. menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitu… Read More
  • Kisah Cinta Dua Pejuang Syria Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah men… Read More

0 comments:

Post a Comment