26 January 2012

Jamil Khir: Jawatankuasa pusat tangani isu murtad

BANGI - Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

"Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung dengan penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penasihat undang-undang negeri dan pengarah jabatan agama Islam seluruh negeri, di sini hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam pertemuan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Jawatankuasa akan dipengerusikan Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Polis Diraja Malaysia.
      
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata enakmen itu telah lama wujud, namun terdapat negeri yang kurang dalam penguatkuasaaan.

"Bagi negeri yang belum mewujudkannya (enakmen) pula diminta membawa perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diwujudkan dan dikuatkuasakan undang-undang itu," katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi demi  menjaga keharmonian masyarakat dan sebagai pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan.- Bernama

Related Posts:

  • Ajaibnya Penciptaan Unta Bukti Kekuasaan Allah  Aneh, Allah meminta kita melihat unta. Dalam Al Quran, ada dorongan yang begitu jelas tentang itu. Firman Allah: “Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan?” – Al Gashiyyah: 17 Jika su… Read More
  • Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadi… Read More
  • 6 Golongan Perempuan Yang kurang Layak Dijadikan Isteri1. Al -Anaanah:Banyak keluh kesah.Yang selalu merasa tidak cukup,apa yang diberi semua tak cukup.Diberi rumah tak cukup,diberi motorsikal tak cukup,diberi kereta tak cukup.Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja,tanpa… Read More
  • Kenapa Tak Rogol Saya? Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. … Read More
  • Dibelit Ular Ketika Berzina Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hai… Read More

0 comments:

Post a Comment