26 January 2012

Pameran ibadah haji di London


Sebuah daripada kitab suci Al-Quran, dipercayai antara yang tertua turut dipamerkan di Muzium Britain sempena pameran Hajj: Journey At The Heart Of Islam di tengah London, yang bermula semalam. - AFP

LONDON 26 Jan. - Muzium Britain buat julung-julung kalinya menganjurkan pameran ibadah haji yang diberi nama Hajj: Journey At The Heart Of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya buat golongan bukan Islam mengenai perjalanan ibadah yang dilakukan setiap tahun itu.
 
Kumpulan kurator muzium berkenaan berharap, pameran yang berlangsung bermula hari ini sehingga 15 April itu akan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan Islam.

"Menerusi pameran ini, pengunjung sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu mengenai haji dan bagaimana ia dilakukan," kata kurator pameran tersebut, Qaisra Khan.

Jelasnya, pameran itu turut menyampaikan mesej keamanan dalam Islam berikutan tanggapan dunia luar terhadap Asia Barat yang sebelum ini dicemari dengan keganasan dan pergolakan.

Menerusi pameran tersebut, pengunjung akan disajikan dengan langkah-langkah persiapan haji termasuk melangsaikan hutang yang tertunggak dan memohon maaf daripada semua pihak sebelum berangkat ke kota suci Mekah serta menyediakan wasiat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Malah, pengunjung berpeluang mengenali Kaabah yang menjadi kiblat bagi semua umat Islam di dunia dan Masjid Nabawi.

Pameran terbabit juga memaparkan perjalanan para jemaah untuk menunaikan haji antaranya dari Kufa, Kaherah dan Damsyik.

Semua umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal diwajibkan untuk mengerjakan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Satu statistik yang turut dipamerkan, bilangan para jemaah yang mengerjakan ibadah naik mendadak sejak 80 tahun lalu daripada hanya 20,000 jemaah pada 1932 kepada hampir tiga juta jemaah menunaikan ibadah haji pada tahun lalu. - REUTERS

Related Posts:

  • Allah Panggil 3 Kali Sahaja Jadi lelaki-lelaki yang bajet macho di luar sana, kau hanya akan terserlah kehenseman apabila dengar je azan kau terus solat sunat di rumah [Al-Muwatta' No: 8.1.4] dan susun langkah ke masjid untuk berjemaah fardhu. Macam… Read More
  • Ramai Yang Tidak Tahu Kelebihan Habbatus Sauda Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Musli… Read More
  • NASA Sahkan Matahari Sudah Terbit Dari Barat ? Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati perge… Read More
  • Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja? Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!BERHENTI BUAT KERJA seketika !!Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!“Tapi aku busy, aku kena sia… Read More
  • Kedatangan Nabi Isa Di Akhir Zaman Rasulullah SAW menyatakan, sesungguhnya menjelang hari kiamat nanti, Isa akan turun kembali ke bumi. Istilah ini dalam versi Kristian disebut dengan The Second Coming (kedatangan untuk kedua kali).Kedatangannya untuk meng… Read More

0 comments:

Post a Comment