26 January 2012

3 maut, 35 cedera ribut di Indonesia

JAKARTA 26 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga maut dan 35 cedera semalam apabila beratus-ratus rumah musnah dihempap pokok ketika ribut berserta hujan lebat melanda Jakarta, Malang dan Jawa Timur, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Ribut itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

"Ribut semalam menyebabkan tiga penduduk terbunuh, seorang di Jakarta, manakala lagi dua di Malang dan daerah Blitar di Jawa Timur," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Jelasnya, ribut tersebut melanda lapan daerah di kepulauan Jawa termasuk Jakarta.

Menurut laporan terkini, lebih 450 rumah dan empat sekolah musnah dalam kejadian terbabit.

Akhbar Jakarta Globe melaporkan, cuaca buruk itu turut meragut satu nyawa dan mencederakan enam yang lain di Bali.

Nugroho bagaimanapun tidak mengesahkan laporan tersebut.

Akhbat tersebut turut melaporkan, sebuah feri yang membawa lebih 200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili hampir karam selepas dipukul ombak setinggi tiga meter. - AFP

Related Posts:

  • Amah akui sihir keluarga majikanAL-MUJAMA’A (Arab Saudi): Seorang lelaki menuduh pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengannya membunuh anak perempuannya yang berusia lapan tahun melalui sihir, lapor al-Watan, semalam. Pembantu rumah itu yang di… Read More
  • Bashar beri pengampunan kepada penunjuk perasaan SyriaDAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberi pengampunan ke atas jenayah yang dilakukan ketika kekacauan melanda negara itu sejak 10 bulan lalu. Agensi berita rasmi Syria, Sana semalam melaporkan, Bashar mengeluark… Read More
  • Iraq tetap bergeloraRAMADI: Kumpulan pemberontak melancarkan beberapa serangan sebelum menyerang sebuah balai polis di sini, semalam, meragut. Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan mencetuskan persoalan mengenai… Read More
  • Mohamed batal niat tanding Presiden MesirKAHERAH: Bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang juga pemenang anugerah keamanan Nobel, Mohamed ElBaradei, mengumumkan tidak bertanding untuk jawatan presiden kerana mendakwa belum wujud demokrasi sebenar… Read More
  • Amaran Iran untuk TelukTEHERAN: Iran semalam mengingatkan negara Teluk supaya tidak menambah eksport minyak mereka untuk mengatasi kekurangan bahan itu yang berlaku akibat daripada sekatan baru AS dan Kesatuan Eropah ke atasnya. Menurut wak… Read More

0 comments:

Post a Comment