26 January 2012

Video hina umat Islam, Ray Kelly didesak letak jawatan

NEW YORK 26 Jan. - Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam.

Kelly melahirkan kekesalan kerana bekerjasama dengan pembuat video The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America yang mengandungi babak serangan berani mati dan menyatakan ‘agenda sebenar kepimpinan Islam di Amerika adalah untuk menembusi dan mendominasi AS’.

Apabila video itu pertama kali ditayangkan setahun lalu, polis berkata, ia disiarkan hanya beberapa kali.
Akhbar New York Times yang menerima dokumen melalui permohonan Akta Kebebasan Maklumat bagaimanapun melaporkan, video itu telah ditayangkan kepada lebih 1,400 pegawai polis dalam tempoh beberapa bulan.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) berkata, tindakan Kelly itu tidak melayakkannya untuk mengetuai pasukan polis terbesar di negara ini.

“Sebagai pemimpin jabatan polis, tindakan Kelly dan Timbalannya, Paul Browne didapati mendatangkan kesan kepada penguatkuasaan undang-undang yang turut memberi kesan terhadap rakyat AS beragama Islam di seluruh negara.

“Kini tiba masanya untuk melakukan perubahan kepimpinan pasukan itu,’’ kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan. – REUTERS

Related Posts:

  • Banduan di Penjara Bali buat rusuhan SEJUMLAH anggota polis tiba di luar penjara Kerobokan, Bali semalam. DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia semalam memulakan perpindahan banduan asing dan wanita dari sebuah penjara di Bali yang telah ditawan oleh sekump… Read More
  • Udang karang gergasi seberat 12.3 kilogram ditangkap AIMEE HAYDEN-Rodriques memegang udang karang gergasi yang ditangkap oleh Robert Malone pada 17 Februari lalu. ROCKLAND, Amerika Syarikat - Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat … Read More
  • Gila lelaki ini tanam Kamera dalam kepala Lelaki Iraq bernama Wafaa Bilal yang juga profesor fotografi di New York University’s Tisch School of Arts, ini ingin merakam kehidupannya dari dua sisi sekaligus dan munculah idea tak masuk akal, menempatkan dan melekatk… Read More
  • Buku paling tua di dunia MANUSKRIP tamadun Maya dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek, di Dresden,timur Jerman kelmarin. DRESDEN, Jerman - Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah bu… Read More
  • Tentera Nato bakar al-Quran Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 … Read More

0 comments:

Post a Comment