26 January 2012

Pengasas implan payu dara PIP ditahan


Pengasas Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas ditahan semalam. Dia berdepan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat. - REUTERS

PARIS 26 Jan. - Polis Perancis menahan pengasas syarikat implan payu dara Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas yang menghilangkan diri sejak skandal produk keluaran syarikatnya tercetus bulan lalu.
Menurut sumber polis hari ini, lelaki itu ditahan di kawasan rumah teman rapatnya.

Polis sedang menyiasat kemungkinan Mas berdepan dengan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat.
Doktor di Perancis melaporkan terdapat 20 kes kanser di kalangan wanita yang memakai implan jenama itu, 16 daripadanya menghidap kanser payu dara, walaupun belum disahkan sama ada ia berkaitan dengan pemakaian produk tersebut.

Dianggarkan antara 400,000 hingga 500,000 wanita seluruh dunia memakai implan PIP. 

Selain Perancis, Jerman dan Republik Czech menyarankan pemakai jenama berkenaan mengeluarkan implan mereka, manakala Britain pula mengarahkan wanita yang memakainya menjalani pemeriksaan lanjut. 

Implan PIP ditarik balik dari pasaran Eropah pada tahun lalu selepas badan kesihatan di sini menemui ia diperbuat daripada silikon gred industri yang menyebabkan ia mudah pecah.

Mas sebelum ini pernah mengesahkan implan tersebut diperbuat daripada gel silikon industri namun menolak ia mengundang bahaya. - AFP

Related Posts:

  • 5 bandar-bandar terbusuk di duniaDi dunia ini, ada kota yang dinobatkan sebagai kota paling romantik (Paris), bandar tersibuk (New York) atau bandar terkecil (Vatican City) di dunia. Tapi ada pula yang mendapatkan reputasi buruk, salah satunya bandar yang pa… Read More
  • Gambar wanita leher panjangArkib Berita Sedunia membawa khabar berita dari negeri Thailand tentang wanita-wanita berleher dan panjang dari negeri gajah putih tersebut. Leher, bahagian tubuh yang menghubungkan badan dengan kepala, akan disisipi dengan … Read More
  • Lelaki ini ada 24 jari tangan dan kakiSemua orang mempunyai jumlah keseluruhan 20 jari tangan dan kaki. Tetapi, tidak begitu pada Yoandri Hernandez, lelaki yang berasal dari Baracoa, Wilayah Guantanamo, Cuba. Dia mempunyai 24 jari - masing-masing mempunyai enam d… Read More
  • Wajah tentera-tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan semalamLima daripada enam tentera Britain yang terbunuh dalam letupan periuk api Taliban semalam adalah para tentera yang masih muda. Usia mereka tak sampai 21 tahun. Kementrian Pertahanan Britain mengatakan secara rasmi, bahawa li… Read More
  • Gambar-gambar di dalam Piramid Piramid adalah pembinaan bangunan yang sudah digunakan sejak lama oleh bangsa Mesir kuno mahupun bangsa Maya, digunakan sebagai makam raja-raja masa terdahulu serta menjadi tempat ibadah aktiviti-aktiviti penyembahan. … Read More

0 comments:

Post a Comment