26 January 2012

Angkara ubat 'pembunuh'

LAHORE 26 Jan. - Kira-kira 100 pesakit jantung Pakistan maut dan berpuluh orang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mengambil ubat yang dibuat oleh syarikat tempatan, kata pegawai hari ini.

Ketua kerajaan negeri wilayah Punjab, Shahbaz Sharif berkata, hampir 100 pesakit maut akibat reaksi teruk kepada ubat jantung tersebut.

"Kebanyakan mangsa merupakan pesakit miskin yang menerima ubat percuma daripada Institut Kardiologi Punjab (PIC) yang diselia kerajaan,'' katanya.

Kerajaan berkata, kira-kira 287 pesakit lagi dimasukkan ke hospital-hospital di Lahore selepas mengambil ubat tersebut.

Polis menahan pemilik tiga syarikat farmasi yang disyaki membekalkan ubat tersebut selepas siasatan awal menunjukkan ubat terbabit yang dibekalkan pembuat tempatan, tidak menepati standard ditetapkan.

Pesakit maut akibat penurunan mendadak jumlah darah putih, platelet dan kerosakan tulang sumsum.

Masalah itu mula dikesan pada Disember lalu apabila ubat tercemar ditemui pada sekurang-kurangnya satu kumpulan ubat yang menyebabkan 23 orang maut.

Sharif berkata, sampel ubat berkenaan telah dihantar ke makmal di Pakistan, London dan Paris untuk diuji.

Pegawai kerajaan, Khwaja Salman Rafiq berkata, punca kebanyakan kematian adalah akibat sekurang-kurangnya satu daripada lima ubat yang diberikan oleh PIC kepada pesakit.

"Ubat itu tidak lagi diedarkan oleh hospital dan farmasi,'' katanya. - AFP

Related Posts:

  • Tiga mayat dibuang di pusat peranginan terkemuka MexicoACAPULCO: Tiga mayat dikerat-kerat ditemui di lokasi berasingan di bandar peranginan Mexico dalam kejadian dipercayai berkaitan keganasan kartel dadah, kata jurucakap kerajaan Guerrero semalam. Menurut jurucakap itu, satu … Read More
  • Sudah jatuh ditimpa tanggaJAKARTA: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu pepatah yang sesuai untuk nasib penyanyi dangdut, Citra Yunita Sari, ketika ini. Setelah ditahan polis kerana berpesta dadah di sebuah bilik di Big Apple Residence di Mangga Besar, T… Read More
  • Jumlah buruh kanak-kanak turun 2.3 juta dalam 5 tahunJAKARTA: Kerajaan semalam menyatakan terdapat lebih daripada 1.7 juta buruh kanak-kanak kebanyakannya perempuan masih dieksploitasi, bekerja dalam keadaan tempat kerja yang dahsyat di bandar besar di negara itu. Kementeria… Read More
  • Bencana jika serang IranMOSCOW: Serangan tentera Barat ke atas Iran akan menjadi malapetaka yang memburukkan lagi perpecahan sedia ada dalam dunia Islam, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam. Ketika ditanya dalam sidang akhbar tahunan… Read More
  • Penyerang Obama hadapi 17 tuduhanWASHINGTON: Seorang lelaki yang dituduh cuba membunuh Presiden Barack Obama dengan melepaskan berbelas tembakan ke arah Rumah Putih pada September lalu kini berdepan lebih banyak dakwaan. Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dita… Read More

0 comments:

Post a Comment