26 January 2012

Bangunan runtuh di Brazil, tiga maut



Sebuah kereta remuk di bawah runtuhan, sementara (gambar kecil) menunjukkan beberapa buah kenderaan yang berdebu serta serpihan-serpihan bangunan selepas dua buah bangunan runtuh di pusat bandar Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin. – AFP



RIO DE JANEIRO 26 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga maut, sementara 16 yang lain hilang apabila dua bangunan runtuh di sini, petang semalam.

Kejadian itu berlaku berhampiran bangunan teater perbandaran di dataran bersejarah Cinelandia.

Menurut Datuk Bandar Rio De Janeiro, Eduardo Paes, dua bangunan yang runtuh tersebut masing- masing setinggi 10 dan 20 tingkat.

“Empat mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. Masih terdapat ramai mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, namun kami tidak dapat pastikan jumlahnya,” katanya.

Sebelum ini, siaran televisyen Globo News yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan melaporkan, seramai 11 maut dan cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut saksi, terdapat beberapa kejadian letupan di kawasan terbabit sebelum kedua-dua bangunan tersebut runtuh.

Paes, bagaimanapun menjelaskan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan berkemungkinan disebabkan masalah ketidakstabilan struktur.

Sisa runtuhan memenuhi jalan-jalan sekitar bangunan 20 tingkat terbabit manakala debu tebal menyelubungi beberapa kereta berhampiran.

Bangunan 20 tingkat itu sebelum ini menempatkan beberapa buah pejabat perundangan.

Berpuluh-puluh pasukan bomba dan kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang terperangkap.

Bangunan tersebut turut menempatkan sebuah restoran dan cawangan bank, namun tidak diketahui sama ada ia beroperasi atau sebaliknya ketika kejadian berlaku. – AFP

Related Posts:

  • Pemuda dipercayai lemas di Sg. Kuala MudaBALING 28/01/2012 — Seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai lemas di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida di sini.  Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling, Abdul Kudus Malik berkata, piha… Read More
  • Rakan berburu disangka rusa JALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin. HULU TERENGGANU - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kej… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • Tragedi lampu merah REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang. HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan. GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang dre… Read More
  • Kilang penapis udara terbakar, rugi RM1 juta ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang membuat penapis udara di Seksyen 15, Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sebuah kilang penapis udara, OYL Manufacturing Company Sdn. Bhd., kerugian lebih RM1 juta apabila hampir 80 peratu… Read More

0 comments:

Post a Comment