22 March 2012

Tentera AS jadi mundur Sejak Pembakaran Al Quran di Afghanistan

Bercakap di depan Suruhanjaya Angkatan Bersenjata DPR AS di Washington, General John Allen mengatakan bahawa adanya insiden pembakaran Al Quran oleh tentera AS telah membuat kemunduran drastik dalam misi AS di Afghanistan.

'' Sejak tragedi pembakaran Al-Quran oleh tentera AS, berlaku gelombang aksi protes di beberapa tempat, bahkan terjadi kekerasan. Kesudahannya, 32 warga Afghan kehilangan tempat tinggal dan tercedera, "kata Jeneral Allen.

Ini adalah kenyataan rasmi pertama sejak tragedi pembakaran Al Quran oleh tentera AS di Afghanistan.

"'Sejak 1 Januari, sekutu telah kehilangan 60 tentera dari enam negara. Kira-kira 13 orang terbunuh yang dipercayai dilakukan pasukan keselamatan Afghanistan" tambah komander AS.

Puluhan warga Afghanistan terbunuh dan puluhan yang lain cedera selepas aksi tunjuk perasaan anti-AS berubah menjadi kekerasan di Afghanistan di mana penunjuk perasaan menuntut para pelaku pembakaran Al Quran dijatuhkan hukuman maksimum.

Allen juga menegaskan bahawa 13 tentera asing juga terkorban dibunuh oleh pasukan keselamatan Afghanistan selepas insiden pembakaran Qur'an. -
Press TV

0 comments:

Post a Comment