9 March 2012

Nurul lari rumah demi jejaka Pakistan


Nurul Zakiah

SHAH ALAM – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

“Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

“Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri.

Related Posts:

  • Malaysia jadi pilihan ‘rumah kedua’KEPONG: Kaji selidik Indeks Persaraan 2012 dilakukan sebuah majalah asing mendapati Malaysia menduduki tangga keempat daripada 10 negara teratas yang menjadi pilihan pesara dari luar negara terutama Eropah untuk dijadikan … Read More
  • Amalan Merariq perlu diketahui dua keluargaPIHAK berkuasa agama Indonesia tidak pernah bersekongkol untuk mengesahkan perkahwinan pasangan yang dilarikan dari Malaysia ke republik itu tanpa sebarang dokumen atau kebenaran sah daripada pihak berwajib di negara ini. … Read More
  • Pelajar cemerlang, adik rentungTAWAU: Kegembiraan Andi Herah Andi Muddah, 19, untuk mendaftar di Kolej Perubatan MAHSA di Kota Kinabalu akhir bulan ini tidak kesampaian apabila pelajar cemerlang itu ditemui rentung bersama seorang adiknya dalam kebakara… Read More
  • Kelantan batal undangan Black ke ‘Ladies Nite 2012’KOTA BHARU: Selepas menerima kritikan kerana mengundang penyanyi Black Mentor (gambar) bagi program ‘Ladies Nite 2012’ yang dikhususkan untuk wanita, kerajaan negeri akhirnya akur dengan membatalkan undangan itu. Pengerus… Read More
  • 2 setan noda budak 3 tahunCHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, ke… Read More

0 comments:

Post a Comment