Seorang Syaikh salah satu suku Ahli Sunni Iraq mengaku pernah menghantar beratus-ratus orang dan senjata bernilai puluhan ribu dolar serta bantuan lain untuk para pejuang Syria dalam menyokong perlawanan terhadap Presiden Bashar al-Assad yang diperangi.
Para Sheikh, yang identitinya dirahsiakan selama wawancara dengan The Daily Telegraph, mengatakan bahawa setengah pengikutnya telah membayar dengan nyawa mereka selama konflik awam berdarah di Syria. Dia mengatakan mereka telah dikuburkan di tempat mereka dibunuh.
Dia juga mengatakan, ia telah membeli 100 senjata Kalashnikov, 50 roket pelancar bom tangan, dan senjata sniper.
"Seratus Kalashnikov tidak akan menurunkan Assad," akuinya.
Walaupun tidak dijelaskan pada bila-bila Syeikh pertama kali mulai mengirimkan pasukan melintasi sempadan Iraq-Syria, surat khabar mengatakan bahawa pemimpin suku tersebut telah mengumumkan rancangannya untuk memberontak bersama-sama dengan aktivis Syria tahun lalu, ketika tindakan keras terhadap aksi protes anti-kerajaan menjadi semakin parah.
PBB menyebutkan kematian dari kalangan orang awam di Syria mencapai 7500 orang akibat tindakan ganas pasukan kerajaan sejak krisis Syria yang meletus pada Mac 2011 lalu.
Menurut laporan itu, Syeikh telah bertemu dengan "seorang Syria muda revolusi" tahun lalu yang menyatakan keprihatinannya atas meningkatnya kematian orang awam.
"Kami ingin kebebasan dan demokrasi, tapi mereka mulai membunuh kami," kata aktivis tersebut kepada Syaikh.
Sang Syaikh itu kemudian menjawab: "Kami akan berjuang bersama dengan anda."
Sebagai maklumat, banyak suku-suku di Iraq mempunyai hubungan pertalian dengan suku-suku Sunni di seberang sempadan di Syria yang menentang Assad.
Sementara, para pegawai Iraq dan pedagang senjata telah melaporkan masuknya senjata dan pasukan gerila Muslim Sunni ke Syria di sempadan Iraq, tapi setakat ini belum wujud lagi arus terancang dan berterusan.

Al-Qaeda di Syria
Beberapa tahun lalu, di sebuah lokasi di Iraq yang bersempadan dengan Syria pernah terjadi pertempuran antara al-Qaeda dengan suku Ahli Sunni tempatan. Pejuang Al-Qaeda menggunakan daerah itu sebagai launchpad untuk perjuangan mereka.
Selama krisis Syria, telah lama beredar cerita dan laporan adanya aliran "para pejuang asing", The Daily Telegraph melaporkan.
"Ada tuntutan bahawa kawasan tanah tandus bahagian Iraq barat yang dihuni oleh kaum Ahli Sunni merupakan syurga bagi al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan pejuang lain lagi selama perang Iraq," kata Daily Telegraph.
James Clapper, Pengarah Perisikan Nasional AS, telah mempunyai bukti adanya aktiviti Al-Qaeda di Syria. Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, juga menyokong tuntutan itu dan menyatakan menolak sokongan kepada 'pemberontak' Syria.
Sementara itu, mengenai berapa jumlah pejuang yang menyertai perang melawan regim Assad belum dapat dipastikan setakat ini. Para syekh tersebut hanya menganggarkan jumlah para pejuang asing di Syria sebanyak ratusan pejuang.

0 comments:
Post a Comment