29 March 2012

4 Orang ulamak dilarang masuk Perancis

Kerajaan Perancis pada Khamis, 29 Mac semalam telah melarang empat ulamak besar untuk memasuki negara itu dalam menghadiri persidangan besar Islam minggu depan.

"Posisi orang-orang ini dan kenyataan sebegini telah menggesa kebencian dan keganasan serius yang merosakkan prinsip-prinsip republik Islam di negara itu. Ini merupakan ancaman serius terhadap ketenteraman awam," kata Menteri Luar Negeri Alain juppe dan Menteri Dalam Negeri Claude Gueant dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Agence France-Presse (AFP).

Kenyataan itu menyebutkan bahawa ulama Saudi Syeikh Aid Bin Abdullah al-Qarni dan Syeikh Abdullah Basfar dilarang memasuki Perancis untuk menghadiri persidangan Bourget minggu depan.

Pendakwah asal Mesir Syeikh Safwat al-Hijazi dan bekas mufti Jerusalem Syeikh akrama Sabri juga dilarang.

Larangan itu muncul beberapa hari selepas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy mengumumkan akan melakukan tindakan keras terhadap pensyarah yang mempromosikan pandangan radikal, setelah siri pembunuhan oleh penembak di Toulouse beberapa minggu yang lalu.

Perancis juga telah melarang ulama terkemuka Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi memasuki negara itu untuk menghadiri persidangan.

Mendengar dari kenyataan itu, Syeikh Qaradawi juga merupakan presiden International Union for Muslim Scholars (IUMS). Dan juga ulamak Mesir iaitu Syeikh Mahmud al-Masri telah memutuskan untuk tidak datang untuk persidangan.

Selain itu kerajaan Perancis juga kesal dengan cendikiawan Islam yang berasal dari Switzerland, iaitu Tariq Ramadhan juga diundang dalam persidangan tersebut. Namun kerajaan Perancis tidak boleh melarangnya kerana Switzerland adalah annggota negara Eropah yang tidak memerlukan visa.

Related Posts:

  • 7 askar AS di Afghanistan kena bom tanganKUNDUZ, Afghanistan - Tujuh askar Amerika Syarikat (AS) cedera apabila penunjuk perasaan yang membantah kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS bertindak membaling bom tangan ke pangkalan askar-askar itu di w… Read More
  • Pangkalan tentera laut Brazil meletup KEBAKARAN yang berlaku di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik kelmarin. SAO PAULO - Satu letupan yang berpunca daripada kebakaran di sebuah pangkalan tentera laut Brazil di Antartik menyebabkan seorang askar cedera … Read More
  • Lelaki terpendek di dunia AP WAJAH Chandra Bahadur Dangi semasa dia diukur. KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek … Read More
  • Helikopter tentera Amerika hancur bertembung semasa latihanDua helikopter Marin Amerika bertembung di Komplek Latihan Yuma pada hari Rabu, menyebabkan tujuh kematian anggota Marin. Kecelakaan ini merupakan yang terburuk dalam beberapa tahun terakhir. Dua helikopter yang bertembung b… Read More
  • Pakistan roboh rumah Osama bin Laden BEBERAPA anggota polis berjalan melintasi bekas bangunan kediaman Osama bin Laden yang sedang dirobohkan oleh beberapa jentera berat di Abbottabad semalam. PESHAWAR - Pihak berkuasa Pakistan kelmarin mula merobohkan ba… Read More

0 comments:

Post a Comment