11 March 2012

Pelacur muda Sabah diserbu


BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin.

BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah.

Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40.

Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah.

"Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku.

"Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam.

Related Posts:

  • Pelajar USM ditahanGara-gara ugut bom helikopter PM di Facebook GEORGETOWN: Seorang pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal, ditahan polis kerana didakwa membuat ugutan berunsur jenayah ke atas Perdana … Read More
  • Amalan Merariq perlu diketahui dua keluargaPIHAK berkuasa agama Indonesia tidak pernah bersekongkol untuk mengesahkan perkahwinan pasangan yang dilarikan dari Malaysia ke republik itu tanpa sebarang dokumen atau kebenaran sah daripada pihak berwajib di negara ini. … Read More
  • Pelajar cemerlang, adik rentungTAWAU: Kegembiraan Andi Herah Andi Muddah, 19, untuk mendaftar di Kolej Perubatan MAHSA di Kota Kinabalu akhir bulan ini tidak kesampaian apabila pelajar cemerlang itu ditemui rentung bersama seorang adiknya dalam kebakara… Read More
  • Malaysia jadi pilihan ‘rumah kedua’KEPONG: Kaji selidik Indeks Persaraan 2012 dilakukan sebuah majalah asing mendapati Malaysia menduduki tangga keempat daripada 10 negara teratas yang menjadi pilihan pesara dari luar negara terutama Eropah untuk dijadikan … Read More
  • Cinta 3 segi punca pelajar dibunuhJOHOR BAHRU: Cinta tiga segi dan cemburu dipercayai menjadi punca pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mati dibunuh dalam rumahnya dekat Taman Kemp… Read More

0 comments:

Post a Comment