23 March 2012

Bekas pemain Sepanyol bakal menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu RM49 juta setahun


GUARDIOLA bakal menerima gaji RM49 juta setahun jika bersetuju membimbing Chelsea.


LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedia menawarkan kontrak selama empat tahun kepada jurulatih Barcelona, Pep Guardiola untuk menjadi pengurus baharu skuad The Blues itu.

Malah, Abramovich sanggup menawarkan kontrak bernilai £40 juta (RM195 juta) kepada Guardiola walaupun jurulatih The Catalan itu se- belum ini dilaporkan enggan meninggalkan Nou Camp.

Guardiola menerima gaji sebanyak £8 juta (RM39 juta) setahun dan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.

Sumber dalaman The Blues memberitahu, jika Guardiola menerima tawaran Abramovich, bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu bakal menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu £10 juta (RM49 juta) setahun.

Pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas yang dipecat sebelum ini sekadar menerima gaji sebanyak £4.5 juta (RM22 juta) setahun.

Chelsea juga terpaksa membayar bekas kelab Villas-Boas, FC Porto sebanyak £13juta (RM63 juta) untuk melepaskan beliau musim lepas.

Jika Abramovich berjaya mendapatkan Guardiola, ini bermakna jutawan Rusia itu telah mengeluarkan dana sebanyak £150 juta (RM731 juta) bagi membayar khidmat pengurus sejak mengambil alih Chelsea sembilan tahun lepas.

Selain Villas-Boas, antara yang pernah menjadi pengurus Chelsea sebelum ini ialah Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luis Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti. - Agensi

Related Posts:

  • Arsenal mahu kekal No. 3 KOSCIELNY (dua dari kiri) berharap rakan-rakan sepasukannya mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha Arsenal memburu tangga ketiga Liga Perdana England musim ini. LONDON - Arsenal berhasrat untuk mengukuhkan kedud… Read More
  • Shahidan nafi 'tutup mata' PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan beliau bersifat 'tutup mata' dalam mengendalikan isu berkaitan Karim Ibrahim kerana mulutnya dikunci timbalannya dalam persatuan itu. S… Read More
  • Jepun membenam Malaysia 4-0 Pemain Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyekat gerakan pemain Jepun, Genki Haraguchi pada perlawanan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. KUALA LUMPUR - Jepun mengotakan janjinya untuk menang… Read More
  • Bekas pemain Sepanyol bakal menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu RM49 juta setahun GUARDIOLA bakal menerima gaji RM49 juta setahun jika bersetuju membimbing Chelsea. LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedia menawarkan kontrak selama empat tahun kepada jurulatih Barcelona, Pep Guardiola unt… Read More
  • [Video] Atlet Judo Mesir tak sudi nak bersalam dengan Judo IsraelRamadhan Duwaisy, seorang atlet Judo dari Mesir bertanding melawan judoka dari Israel. Ramadhan tidak sudi bersalaman dengan atlet Israel itu dan ini menyebabkan ia diprotes oleh negara zionis itu. Akhirnya Ramadhan berjaya … Read More

0 comments:

Post a Comment