11 March 2012

Perogol bersiri Malaysia dijel 16 tahun


DI bangunan asrama pekerja di Lembah Sireh, Kota Bharu, Amran ditahan ketika cuba merogol seorang jurujual sebuah pasar raya.

KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.

Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.
Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.
Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.

Related Posts:

  • Dipenjara 10 tahun kerana merogol kanak-kanak Seorang pengawal keselamatan senyum bersahaja ketika diiringi polis keluar Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.KOTA BHARU – Seorang pengawal kes… Read More
  • Pengguna motosikal catat kematian paling tinggi tahun lepasKUALA LUMPUR: Seramai 4,070 pengguna motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun lepas, jumlah yang paling tinggi berbanding pengguna jalan raya lain. Lebih separuh daripada jumlah keseluruh… Read More
  • Patuhi jadualPETALING JAYA: Syarikat konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways Berhad (Plus) menjangkakan 1.4 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu sempena cuti Tahun Baru Cina minggu depan berbanding 1.1 juta kenderaan pa… Read More
  • Duka di hari perkahwinanDUNGUN: Kegembiraan rombongan pengantin lelaki yang dalam perjalanan meraikan majlis perkahwinan bertukar duka apabila sebuah kereta yang berkonvoi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan… Read More
  • Suami lumpuh rentungPARIT: Seorang isteri hanya mampu menangis hiba apabila mendapati suaminya yang lumpuh ditemui rentung selepas rumah papan mereka musnah dijilat api pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Abdu… Read More

0 comments:

Post a Comment