8 March 2012

Tembak teman baru bekas kekasih

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Selepas hubungan yang terjalin selama 12 tahun gagal, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke arah teman baru bekas kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit sedang menunggu teman wanitanya berusia 24 tahun di hadapan rumah.

"Ketika mangsa sedang menunggu, salah seorang daripada tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic keluar dari kenderaan terbabit lalu melepaskan tembakan menggunakan pistol angin ke arah mangsa.

"Tembakan itu telah mengakibatkan cermin hadapan sebelah kiri kereta mangsa pecah, bagaimanapun tembakan tidak mengenai mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian mengambil kayu pemukul besbol sebelum menuju ke arah mangsa untuk memukulnya, namun tidak sempat kerana ditahan anggota polis yang sedang meronda.

Suspek yang berusia 25 tahun dan dua rakannya yang masing-masing berusia 21 dan 25 tahun ditahan di lokasi kejadian, katanya. – BERNAMA

Related Posts:

  • Warga emas nyaris maut ditanduk dan dilambung lembuKUANTAN: Niat murni warga emas mahu menghalau lembu jantan berkeliaran berdekatan masjid bertukar tragedi apabila dia nyaris maut ditanduk dan dilambung setinggi dua meter ternakan berkenaan yang naik minyak. Akibat ke… Read More
  • Rumah dirempuh kereta ketika solatSEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat. Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyin… Read More
  • Kereta berinternet NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama Yeoh (kanan) pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam.  PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama nega… Read More
  • Sudah tujuh kali langkah al-Quran kerana dipaksa mentua BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya. KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapat… Read More
  • Corak pada sejadah seolah-olah muka dan kepala babiSEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an. Menurutnya, sej… Read More

0 comments:

Post a Comment