29 March 2012

China jatuhkan hukuman mati kepada seorang Islam

Seorang lelaki Islam Uighur yang dituduh oleh kerajaan China sebagai dalang di balik serangan membunuh di wilayah barat jauh Xinjiang pada bulan Februari lalu dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di wilayah otonomi Xinjiang Uighur.

Abdukerem Mamut disahkan bersalah kerana telah menjalankan organisasi pengganas, memimpin sebuah serangan pengganas dan melakukan pembunuhan terancang, demikian dipetik dari Tianshannet, sebuah laman berita yang dikendalikan oleh pejabat maklumat pemerintah daerah tempatan. Atas vonis tersebut, Mamut berhak memohon rayuan.

Menurut keterangan dalam persidangan, Mamut menyampaikan ceramah ekstrem di depan pengikutnya lalu berkumpul mereka ke dalam sebuah kumpulan dianggotai sembilan orang di bawah kepimpinannya. Kemudian melakukan serangan membabi buta di jalan pedestrian Xingfu - Yecheng, daerah berhampiran Kashgar di Xinjiang Selatan, pada petang 28 Februari lalu.

Akibat serangan menggunakan pisau dan kapak itu, tiga belas orang terbunuh dan 16 cedera parah. Sementara seluruh penyerang juga dibunuh oleh pegawai-pegawai polis. Sedangkan Mamut sendiri ditangkap hidup-hidup.

Wilayah Yecheng, di Kashgar, terletak kira-kira 1,500 km dari wilayah ibu kota Urumqi. Wilayah ini berdekatan dengan wilayah Kashmir dan kebanyakan dihuni oleh orang Islam Uighur.

Pada bulan Julai 2009, pernah berlaku kejadian sama yang mengakibatkan rusuhan Uighur melibatkan penduduk etnik Islam Uighur dengan suku China Han. Rusuhan itu mengorbankan sebanyak 197 orang yang kebanyakan berasal dari orang China Han.

0 comments:

Post a Comment