11 March 2012

Rupanya ada lagi negara yang tak boleh dilawati rakyat Malaysia selain ISRAEL

Jika sebelum ini, pemimpin NGO dan parti polik pembangkang dilarang daripada memasuki Sarawak, kini Sabah juga mengambil tindakan yang sama.

Kali ini, giliran, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah, malam semalam.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Mazlan berkata sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu, beliau ditahan pihak imigresen negeri itu.

NONE“Sampai di Lapangan Terbang (Antarabangsa) Kota Kinabalu, Sabah (pada jam) 8.45 malam ini (semalam). Ditahan imigresen. Tidak dibenarkan masuk di bawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959 oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah,” tulisnya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan semua yang lain dibenarkan masuk kecuali diri Mazalan sahaja yang ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau juga dipetik oleh portal rasmi PAS itu sebagai berkata beliau akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

Mazlan ditemani Pegawai Khas Lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra, BAPA), Kolonel (B) Nazari (Kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera, KERABAT) dan Abd. Rahman Ramli (Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan, BANGKIT).

Beliau dijadual menyertai himpunan aman ‘123 BANGKIT’ hari ini di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO KERABAT dan BANGKIT bagi peringkat negeri Sabah.

Himpunan itu bertujuan ‘membebaskan’ rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah di negeri berkenaan.

Pada perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Menurut Mazlan, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa dirinya ditahan, pegawai Imigresen berkenaan hanya menyatakan mereka cuma menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.

0 comments:

Post a Comment