22 March 2012

Kedutaan Israel di Mesir Ditutup secara rasmi

Rabu 21/3 semalam, dua pesawat Zionis Israel yang membawa barang-barang Kedutaan Israel di Kaherah, bertolak dari lapangan terbang Kaherah, setelah Israel meminta izin pihak berkuasa Mesir untuk pendaratan kedua pesawat Israel tersebut.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Kaherah pada hari Rabu, kelmarin, mengumumkan situasi kecemasan untuk menjamin pengangkutan barang-barang Kedutaan Israel dari pejabatnya di sebuah bangunan terkenal yang menghadap ke sungai Nil. Kedutaan Israel meminta izin agar membenarkan kemasukan 8 kenderaan di antaranya adalah 5 lori ke lampangan terbang.

Sumber keselamatan di badar Kaherah menegaskan bahawa pihak berkuasa lapangan terbang pagi-pagi sudah menerima permintaan dari Kedutaan Israel untuk mengangkut barang-barang pejabat Kedutaan. Proses pengangkutan ini dipimpin terus oleh konsul Israel di Kaherah, Devid Ayalon bersama pasukan keselamatan Kedutaan yang terdiri daripada 6 orang.

Pihak keselamatan Israel menolak pihak kastam dan keselamatan Mesir memeriksa barang-barang tersebut kerana ia merupakan Pek diplomatik. Barang-barang tersebut diletakkan dalam bekas yang dijaga ketat sampai datang dua pesawat tentera Zionis Israel.

Pasukan keselamatan dikosongkan dari depan bangunan Kedutaan Israel setelah regim Zionis Israel memutuskan pengosongan pejabat kedutaannya pada Rabu pagi semalam, seperti dipetik dari Info Palestin.

Sebelumnya parlimen Mesir telah mengeluarkan kenyataan yang meminta pengusiran kedutaan Israel dari Kaherah dan memutuskan kembali hubungan Mesir dengan regim Zionis Israel, berikutan serangan udara yang terus dilancarkan Zionis Israel ke Jalur Gaza baru-baru ini.

Related Posts:

  • Bateri hasil buangan cacing Ujian menunjukkan bateri organik mempunyai kuasa menggantikan bateri biasa. Anda biasa menggunakan bateri atau sel kering untuk pelbagai kegunaan menyalurkan sumber kuasa kepada peralatan elektrik tetapi tidak mengetahu… Read More
  • Rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di SongkhlaBANGKOK:Seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Sadao, Songkhla hari ini. Ketua Polis Sadao, Kolonel Pramot Lerdboworn berkata Nordin Ahmad Razali dari Kedah mati di tempat kemalangan selepas pikup … Read More
  • 38 tentera elit AS, Afghanistan maut helikopter terhempasKABUL: Seramai 31 anggota tentera khas AS dan tujuh tentera tempatan terbunuh dalam kemalangan helikopter di timur Afghanistan, lapor Pejabat Presiden, semalam. Menurut kenyataan dikeluarkan itu, kemalangan berlaku di wilay… Read More
  • Budak perempuan maut kena panahSYDNEY: Polis Australia semalam berkata, seorang budak perempuan maut selepas kepalanya dipanah secara tidak sengaja. Menurut jurucakap polis New South Wales, mangsa berusia lapan tahun dipanah pada 26 Disember lalu. “Kemala… Read More
  • Saintis namakan lalat BeyonceSYDNEY: Cerita mengenai Beyonce tidak pernah putus. Selepas muncul kisah mengenai bayinya, Blue Ivy Carter, isteri Jay Z itu sekali lagi menjadi bahan berita apabila seorang saintis sengaja menggunakan nama selebriti berk… Read More

0 comments:

Post a Comment