14 March 2012

Gencatan senjata, Israel Tetap Lancarkan Serangan ke Gaza

Pasukan Zionis Israel hari Selasa semalam telah melancarkan serangan di pinggir timur wilayah tengah Semenanjung Gaza dengan sejumlah meriam. Namun tidak ada korban jiwa di kalangan warga Palestin.

Kereta kebal penjajah Zionis Israel melancarkan sejumlah serangan meriam dan senjata automatik berat ke arah kawasan timur wilayah tengah Semenanjung Gaza. Serangan ini menimbulkan situasi panik dan ketakutan di kalangan penduduk, sementara pesawat-pesawat Israel belum behenti terbang di atas langit Gaza, demikian laporan yang dipetik dari Pusat Maklumat Palestin.

Sebelum ini sudah sebanyak 3 orang warga Palestin di Semenanjung Gaza cedera terkena tembakan pasukan Zionis Israel saat mereka ikut menghantar jenazah dua orang syuhada korban pencerobohan Zionis Israel di pemakaman syuhada di timur bandar Gaza.

Penjajah Zionis Israel terus membuat pencerobohan ketenteraan ke Semenanjung Gaza meskipun sudah diumumkan gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak yang ditentukan oleh Mesir.

Semenjak pagi jumaat yang lalu, setelah melancarkan operasi pembunuhan terhadap Setiausaha Agung Jawatankuasa Perlawanan Rakyat, Zuhair Qaisi, dan tawanan Palestin yang dibuang dari Tebing Barat, Mahmud Hanani, terus melancarkan siri serangan udara hingga mengakibatkan 25 warga Palestin terbunuh dan lebih dari 80 lainnya tercedera.

Related Posts:

  • Coli tepat hidup sihatSakit punggung jika guna bra salah saiz JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli. Akibatnya… Read More
  • Teh paling mahal dibajai najis pandaCHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda. An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kalig… Read More
  • Laman web jabatan bomba Israel diserangBAITULMAQDIS: Penggodam mendakwa berasal dari Semenanjung Gaza menyerang laman web perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Israel dengan mesej berbunyi ‘Pergi Mati Israel’, kata jurucakap jabatan itu, semalam. Jurucakap perkhid… Read More
  • Thailand tingkatkan keselamatan di BangkokWASHINGTON: Amerika Syarikat yang bimbang kemungkinan Israel melancarkan serangan terhadap Iran walaupun ia menentang tindakan itu, mula mengambil langkah melindungi kepentingannya di Asia Barat. Akhbar Wall Street Journal… Read More
  • AS siap lindungi kepentingan di Asia BaratWASHINGTON: Amerika Syarikat yang bimbang kemungkinan Israel melancarkan serangan terhadap Iran walaupun ia menentang tindakan itu, mula mengambil langkah melindungi kepentingannya di Asia Barat. Akhbar Wall Street Journal… Read More

0 comments:

Post a Comment