19 March 2012

Kumpulan jihad Palestin kini sudah mempunyai peluru berpandu

Kumpulan pejuang Jihad Islam di Gaza kini mempunyai senjata yang jangkauannya boleh mencapai ibu kota Israel Tel Aviv. Hal ini disampaikan anggota kumpulan Brigade Al Quds kepada AFP dalam sebuah wawancara.

Seperti yang disiarkan oleh Al Arabia selama seminggu terakhir Brigade Al Quds melancarkan roket-roket mereka ke negara Yahudi Israel.

Seorang anggota Briged lain bernama Abu Ibrahim juga mengatakan bahawa kumpulannya telah siap memperluaskan jangkaukan serangan roket hingga ke luar kota Ashdod Israel yang terletak sekitar 35 kilometer di luar Gaza.

Jika Israel mensasarkan para pemimpin kumpulan Palestin atau warga negara Palestin maka Briged kami akan membalas dengan kekuatan dan memperluaskan liputan senjata di luar Ashdod. kata Abu Ibrahim kepada AFP.

Abu Ibrahim menambah bahawa Briged Al Quds mempunyai ribuan roket yang mempunyai liputan jarah jauh.

Selain menghasilkan roket secara manual militan di Gaza juga mendakwa mempunyai peluru berpandu jenis SAM-7 yang berhasil menjatuhkan helikopter Israel pada tahun lalu.
   

0 comments:

Post a Comment