Pada selasa 28/03/2012 lalu Yaman mendesak Pakistan untuk segera membebaskan salah satu bekas isteri Osama bin Ladin yang sekarang ini sedang sakit, dan menyatakan bahawa Amal al sadeh dan dan empat anaknya tidak bersalah.
Menteri Dalam Negeri Pakistan mengatakan, awal bulan depan tiga bekas isteri Osama Bin Laden termasuk Sadeh yang tertangkap pada penangkapan Osama bin Ladin di Pakistan akan dibicarakan kerana masuk dan tinggal di Pakistan secara haram.
"Pihak berkuasa Pakistan menarik kembali rencana awal mereka dahulu untuk menyerahkan Amal kepada pemerintah Yaman," kata Menteri Luar Negeri Yaman, Abu Bakr al-Qirbi kepada Reuters.
"Kami terus menghubungi kerajaan Pakistan untuk menghantar Sadeh ke negara asalnya, Yaman. Kami membimbangkan keadaan dan kesejahteraan anak-anaknya yang masih muda. Anak-anak itu tidak boleh dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dilakukan ayah mereka."
Pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden (insya Allah) syahid pada Mei tahun lalu kerana ditembak oleh Pasukan Khas AS yang menyerbu rumah persembunyiannya di Abbottabad Pakistan.
Sadeh bersama dua isteri Osama yang lain yang berasal dari Arab Saudi serta beberapa anak-anaknya termasuk di antara 16 orang yang ditahan oleh kerajaan Pakistan selepas serangan yang dilakukan oleh tentera AS pada masa itu.
Kaum kerabat sadeh mengatakan, Sadeh yang masih cedera kerana ditembak dikakinya dalam serangan di wilayah Pakistan.
"Dia datang ke Pakistan bersama kakaknya pada tahun 2000 menggunakan pasport sah," kata Hameed al-Sadeh, 27 tahun, sepupu kepada Amal al Sadeh.
"Mereka terbang dari Sana'a ke Karachi. Tidak ada yang haram seperti kata pemerintah Pakistan. Pihak berkuasa Pakistan malah telah menerbitkan sebuah salinan pasportnya," katanya kepada Reuters.
Hameed, seorang wartawan di Sana'a, mengatakan Amal ditahan bersama dengan empat anaknya di bawah tanah.
"Dia sekarang tempang kerana mengalami kecederaan pada lutuh kesan tembakan. Sadeh juga menderita trauma psikologi serta tekanan darahnya sangat rendah," katanya.
"Dia tidak boleh melihat matahari selama berbulan bulan kerana ditempatkan di ruangan bawah tanah bersama empat anaknya, yang tertua masih berusia 12 tahun, sementara tiga yang lain laki-laki."
Menteri Hal Ehwal HAM Yaman Mashhour Houriya mengatakan, Amal sama sekali tidak melakukan kejahatan apa-apa selama di Pakistan.
"Hanya kerana dia berkahwin dengan Osama bin Ladin tidak boleh menjadi alasan secara serta merta bahawa ia bersalah. Begitu juga anak-anaknya," kata Mashhour kepada Reuters.
"Hanya kerana dia berkahwin dengan Osama bin Ladin tidak boleh menjadi alasan secara serta merta bahawa ia bersalah. Begitu juga anak-anaknya," kata Mashhour kepada Reuters.
0 comments:
Post a Comment