BRUSSELS – Seorang lelaki Belgium yang menyerang bekas kekasihnya
dengan asid sulfurik dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah
melakukan percubaan membunuh.
Juri sebuah mahkamah di sini mendapati lelaki tersebut, Richard
Remes, 57, bersalah kelmarin dalam kejadian yang berlaku pada tahun
2009.
Remes menyimbah muka dan badan bekas kekasihnya, Patricia Lefranc
dengan asid sehingga mangsa terpaksa menjalani 86 pembedahan.
Lefranc berada dalam koma selama tiga bulan ekoran kejadian tersebut.
Serangan asid itu berlaku setelah dia menamatkan hubungan dengan Remes.
Semasa perbicaraan, pihak juri melihat gambar bogel Lefranc yang mempunyai kesan akibat disimbah asid.
Ketika kejadian, beberapa jirannya membantu menghantar dia ke
hospital selepas mendengar jeritannya setelah disimbah dengan asid. –
Agensi
0 comments:
Post a Comment