22 March 2012

Video mengejutkan! Said Ramadhan Al Buthi Mengecam Rakyat Syria

DR. Said Ramadhan al-Buthi dilahirkan di wilayah Buthan (Turki pada tahun 1929 dari sebuah keluarga yang bijak dan taat beragama. Ayahnya, Syeikh Mula Ramadhan adalah salah seorang tokoh ulama besar di Turki, termasuk di Syam.

Ternyata Said Ramadhan Al Buthi menyokong Hasan Nashrulloh (tokoh Hizbullaah Syiah dan mengecam rakyat Syiria yang memberontak. Salah satu kenyataan dia, "Saya berharap boleh menjadi salah satu jari tangan Hasan Nasrullah.

Ditengah-tengah pembunuhan umat Islam Syria, berita ini sangat mengejutkan sekali, apatah lagi pandangan ini keluar dari tokoh besar di dunia Islam.

Masihkah umat Islam mendiamkan terhadap kejahatan regim Syria yang membunuh hampir 15 ribu umat islam?


Selanjutnya, Insya Allah saya akan dapatkan maklumat atau pandangan daripada ulamak-ulamak lain berkenaan  dengan pandangan Said Ramadhan Al Buthi ini. 

Saya tak berani nak menuduh atau mengatakan Syaikh Al Buthi ini seorang yang munafiq dan telah tersilap didalam melakukan apa yang dia lakukan sekarang.

Dalam pengetahuan saya yang dhaif ini. Saya masih belum dengar atau lihat seorang pun dari kalangan ulama Syria (ikhwanji&bebas) mencemuh cara pembawakan beliau kerana mereka tahu peribadi Dr Buthi yang tidak menyalahi sunnah. 

Apa pun kita masih menunggu apa maksud sebenarnya Syekh Al-Buthi tentang kenyataannya ini. Jangan kita cepat menghukum sesuatu perkara jika kepastian yang belum pasti. Wallahuaklam...

1 comment:

  1. check betol2 masa dan hal yg disebut oleh pak syeikh ni. mesti ada hal yg bekait dgn jari hasan nasrallah. try carik apa hasan nasrallah kata kat zionis yg bekait dgn jari dia. syeikh al buthi rujuk pd statement tu

    ReplyDelete