Di saat kerajaan Perancis sedang berusaha memulihkan diri selepas penembakan dan insiden penyerbuan 'Muhammad Merrah', perisikan di Pakistan menyatakan bahawa puluhan Muslim Perancis saat ini tengah mengikuti latihan ketenteraan dengan Taliban di barat laut Pakistan.
Muhammad Merrah akhirnya terbunuh setelah pangsapuri tempat dia bersembunyi diserang polis khas Perancis, beberapa media menyebut ia terbunuh setelah melompat dari jendela, namun menurut laman berita Rusia RT.com, Merrah terbunuh dengan kepala tertembak setelah pemuda 23 tahun itu dikepung polis selama 32 jam di apartmentnya .
Yang menambah kebimbangan pemerintah Perancis ketika ini adalah, serangan oleh Muhammad Merah yang sebelumnya membunuh empat orang Yahudi dan tiga tentera Perancis akan berulang lagi. Saat ini paling tidak terdapat 85 warga Perancis yang menjalani latihan bersama Taliban di Waziristan utara dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.
Pejabat perisikan Pakistan seperti dilaporkan RT.com mengatakan, para Jihad Perancis beroperasi dengan menggunakan nama Jihad-e-Islam dan mereka dilatih menggunakan bahan letupan serta senjata lain di kem-kem tentera di dekat kota Miran Shah dan Datta Khel.
Di Pakistan, menurut pejabat perisikan warga Perancis ini dipimpin oleh seorang komander bernama Abu Tariq. Banyak dari mereka disebutkan memiliki kewarganegaraan Perancis dan Afrika Utara. Pejabat perisikan juga menyebutkan, paling tidak lima Jihad telah kembali ke Perancis untuk mencari ahli baru.
Jadi, adakah ada serangan "ala Muhammad Merrah" baru di Perancis di masa akan datang?
Jadi, adakah ada serangan "ala Muhammad Merrah" baru di Perancis di masa akan datang?
0 comments:
Post a Comment