15 March 2012

Beribu-ribu rakyat Afghanistan turun berdemo kecam pembunuhan oleh tentera AS

Lebih dari 1000 warga Afghanistan turun ke jalan di bandar Qalat di wilayah Zabul, Khamis semalam untuk memprotes pembunuhan beramai-ramai orang awam Afghanistan oleh tentera Amerika Syarikat .

Sambil melaungkan slogan-slogan anti-AS dan membawa bendera putih, penunjuk perasaan menuntut agar pelaku, seorang sarjan usia 38 tahun, dibawa ke meja pengadilan.

Aksi protes itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Afghanistan Hamid Karzai di Kabul dalam usaha untuk meredakan ketegangan serta meningkatkan kembali hubungan antara kedua-dua negara.

Sebagaimana dilaporkan pada berita Ahad lalu , seorang tentara AS menembak warga awam Afghanistan yang sedang berada dalam rumah mereka di daerah Panjwaii di wilayah Kandahar Afghanistan selatan.

Sekurang-kurangnya 16 orang awam Afghanistan terbunuh dan beberapa orang lain mengalami kecederaan-. Diantara mereka yang meninggal adalah tiga kanak-kanak dan sembilan perempuan. Beberapa jenazah kelihatan hitam kerana terbakar.

Pada hari Selasa lalu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga menyeru hukuman bagi mereka yang terlibat dalam pembunuhan itu warga awam Afghanistan tersebut.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjanjikan penyelidikan menyeluruh atas pembunuhan itu. Namun secara diam-diam tentera yang melakukan pembunuhan itu telah dibawa keluar dari Afghanistan menuju suatu tempat yang dirahsiakan pada Rabu lalu.

Pemindahan askar tersebut baru diumumkan oleh pihak Pentagon di Washington DC petang rabu waktu tempatan atau Rabu tengah malam waktu Afghanistan. Pemindahan tersebut dilakukan di saat pihak Afghanistan meminta askar dibicarakan di Afghanistan.
 

Related Posts:

  • 'Beri layanan baik untuk United' 2012/01/28 LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard meminta peminat kelab itu berkelakuan elok ketika kunjungan Manchester United ke Anfield bagi pertembungan Piala FA, hari ini. Pusingan keempat itu bakal di… Read More
  • Budak terlepas bas pandu kereta ke sekolahPARIS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia memandu kereta bapanya untuk ke sekolah apabila tertinggal bas, semalam. Budak lelaki terbabit turut membawa bersamanya seorang kawan berusia sembilan… Read More
  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • Penggodam Israel serang laman sesawang IranBAITULMAQDIS: Sekumpulan penggodam Israel semalam berkata, mereka menyerang beberapa laman sesawang Iran sehari selepas laman sesawang negara Yahudi itu ditutup dalam insiden perang siber terbaru di antara kedua-dua pihak.… Read More
  • Lelaki perkosa pelajar dalam van awam ditahanJAKARTA: Polis di Surakarta di Jawa Tengah menahan seorang daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian rogol di dalam van di bandar raya ini. “Suspek ditahan ketika dalam perjalanan,” kata Ketua Polis Jakarta… Read More

0 comments:

Post a Comment