27 July 2012

Kristian di Gaza semakin tertekan kerana Semakin ramai Kristian peluk Islam

Berpindahnya dua orang Kristian memeluk agama Islam baru-baru ini mengundang perdebatan cukup hebat di Gaza.

"Kami semakin khuatir terhadap anak lelaki dan perempuan kami," Fatin Ayyad, adik saudara dari Hiba Daoud, yang sekarang memeluk Islam.

Hiba adalah satu dari dua orang Kristian - seorang lelaki dan seorang wanita - yang baru sahaja memeluk Islam.

Tapi orang Kristian mengatakan bahawa kedua-dua orang itu pindah agama di bawah tekanan, mendakwa bahawa mereka diculik oleh aktivis Islam dan dipaksa untuk memeluk Islam, tuntutan yang disanggah oleh pegawai Hamas.

Ratusan orang Kristian telah melakukan protes di gereja utama Gaza, menuntut kembalinya dua orang Kristian tersebut. Tapi dua orang yang baru saja memeluk Islam tersebut membantah bahawa mereka telah dipaksa untuk memeluk Islam.

Lelaki 24 tahun mengatakan kepada wartawan ia telah menjadi Muslim kerana kehendak sendiri dan ingin kembali kepada keluarganya, mereka harus menerima dia sebagai seorang Muslim. Sehari kemudian, ia kembali ke rumah.

Wanita itu, yang membawa tiga anak perempuannya bersama dengan dia, juga mengatakan dalam klip video yang dibuat oleh sebuah berita pro-Hamas bahawa dia menjadi Muslim karena kehendaknya sendiri.

"Kami tinggal dengan keluarga (Muslim), mereka memberi semua yang kami perlukan, mereka mengajar kami bagaimana beribadah dan segalanya," kata Hiba, mengenakan baju muslim lengkap dan tudung yang menutupi rambutnya.

"Saya mencintai anda semua, saya berharap tidak ada yang merasa kesal dengan saya, itu adalah keputusan yang saya buat beberapa bulan lalu."

Jumlah orang Kristian dianggarkan 2500 di Gaza. Mereka hampir bekerja di hampir semua profesi bidang pekerjaan. Ramai yang menjadi doktor dan guru, dan beberapa orang juga memiliki perniagaan dan kedai perhiasan. Jumlah mereka menurun menjadi 2500 dari 3000 sebelum tahun 2007, sebagian besar disebabkan oleh ekonomi di wilayah itu, dikawal oleh Israel.

Ada lebih ramai orang Kristian di antara warga Palestina di Tebing Barat, kira-kira 52000 dari jumlah penduduk 2,5 juta, di mana mereka memiliki sekolah Kristian sendiri. Sementara di Gaza, orang Kristian Palestin yang tinggal di antara 1,7 juta Gaza Muslim dididik di sekolah negeri yang dikelola oleh Hamas, beberapa di sekolah-sekolah sekuler yang dijalankan oleh badan PBB UNRWA dan beberapa di sekolah mereka sendiri. Tidak ada dasar diskriminasi terlihat.

Orang Kristian mengatakan bahawa orang-orang yang baru memeluk Islam itu menjadi punca perdebatan dengan umat Islam di sana.

Namun para pegawai Muslim membantah tuduhan memaksa dua orang Kristian untuk memeluk Islam. Salem Salama, ketua Persatuan Cendekiawan Palestin, mengatakan 11 orang Kristian, termasuk non-Palestin, datang ke pejabatnya dalam tempoh lima bulan terakhir untuk masuk Islam.

"Tidak ada yang dipaksa untuk menukar agamanya," katanya.

"Ini arahan daripada Al-Qur'an, kitab suci kita."

0 comments:

Post a Comment