5 July 2012

Kematian Yasser Arafat adalah kerana diracun

Para saintis dari sebuah lembaga Switzerland mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat mungkin diracun dengan polonium.

Menurut penemuan kajian makmal yang dilakukan di Institut de Radiophysique di Lausanne, Switzerland, Arafat diracun oleh polonium, elemen radioaktif tinggi yang jarang ditemui.

"Saya dapat mengesahkan bahawa kami mengira jumlah tertentu, peningkatan polonium-210 di barang-barang milik Arafat yang mengandungi kesan dari cecair biologi," kata Dr Francois Bochud, pengarah lembaga ini.

Bochud menyatakan bahawa ujian difokuskan pada sampel biologi yang diambil dari benda milik Arafat, yang diberikan kepada isterinya, Suha Arafat, oleh rumah sakit di Paris di mana dia meninggal.

"Jika (Suha Arafat) benar-benar ingin tahu apa yang terjadi pada suaminya (kita perlu) untuk mencari sampel maksud saya penggalian yang dapat memberikan kami sampel yang mesti mempunyai jumlah yang sangat tinggi polonium jika benar ia diracun," tambahnya.

 Yasser Arafat pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), meninggal pada tarikh 11 November 2004, setelah beberapa minggu rawatan perubatan. Arafat dijumpai jatuh secara tiba-tiba pada Oktober 2004.

Pada ketika itu, pegawai Perancis menolak penyebab punca kematiannya atas dasar privasi, mencetuskan khabar angin bahawa Mossad telah meracuni dia dengan talium, unsur radioaktif.

Bekas perisikan Rusia Alexander Litvinenko juga diracuni oleh polonium. Di sebuah hotel di London pada tahun 2006, ia diberi secawan teh yang dicampur dengan racun.

Catatan perubatan yang diperoleh The New York Times pada 2005 menunjukkan, Arafat meninggal akibat stroke. Stroke tersebut kerana gangguan pendarahan yang disebabkan oleh jangkitan misteri.

Related Posts:

  • Kahwin sejenis: Lagi pihak bantah LONDON 28 Jan. - Paderi kedua di Church of England, Dr. John Sentamu membantah sekeras-kerasnya cadangan Perdana Menteri, David Cameron membenarkan perkahwinan sejenis dengan menyatakan pemimpin itu sebagai 'diktator' s… Read More
  • Asteroid nyaris langgar Bumi Imej dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan bahagian selatan sebuah daripada asteroid gergasi, Vesta yang diambil oleh kapal angkasa Dawn. - REUTERS WASHINGTON 28 Jan. - Aster… Read More
  • Iran rasai beban sekatan Gambar fail bertarikh 16 Januari 2012 menunjukkan wanita Baluch bersama anak-anak berehat di kawasan rumah mereka di kampung Tiss, bandar Chabahar, Iran. Mereka ialah antara rakyat Iran yang merasai kesan ekonomi akibat seka… Read More
  • Bangunan runtuh: Harapan temui mangsa selamat tipis RIO DE JANEIRO 28 Jan. - Pihak berkuasa berkata, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat dalam insiden bangunan runtuh di bandar raya ini amat tipis, ketika angka korban meningkat kepada 17 orang dan 22 lagi masih hilan… Read More
  • Ray Kelly mohon maaf isu video hina Islam NEW YORK 28 Jan. - Ketua polis New York, Ray Kelly (gambar)semalam memohon maaf di atas penyiaran berulang kali video mengenai Islam yang disifatkannya 'menghasut' dan telah ditonton oleh beratus-ratus pegawai polis di pusat… Read More

0 comments:

Post a Comment