23 October 2012

Faktor Kekosongan Rohani 4000 Warga Perancis peluk Islam Setiap Tahun

Bancian rasmi yang dijalankan oleh kerajaan Perancis melalui Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa Islam merupakan agama yang paling disukai. Bancian itu menyebutkan rata-rata 4000 warga Perancis memeluk Islam setiap tahun. Demikian laman Al-Alukah melaporkan pada Isnin 22/10 lalu.

Para pakar agama di Perancis mengumumkan bahawa sampai saat ini kira-kira 70 ribu warga Perancis telah meninggalkan agama lama dan berpindah memeluk agama Islam.

Melalui bancian rasmi Jabatan Dalam Negeri Perancis, agama Katolik, menduduki tempat kedua dengan rata-rata 2900 pemeluk baru setiap tahun. Keputusan ketiga ditempati oleh agama Yahudi dengan rata-rata 300 pemeluk baru setiap tahun.

Para ahli sosiologi Perancis menjelaskan bahawa pada 15 hingga 20 tahun lalu, faktor utama masyarakat Perancis memeluk Islam adalah kekosongan rohani. Kini keadaan sosial dianggap sebagai faktor terbesar yang mendorong ribuan warga Perancis memeluk Islam.

Populasi Muslim di Perancis semakin berkembang dari masa ke masa. Saat ini, Kementerian Dalam Negeri tempatan menganggarkan terdapat lima juta penduduk Muslim di Perancis. Jumlah itu merupakan populasi Muslim terbesar yang ada di negara Eropah.

Meskipun Perancis merupakan negara dengan jumlah penduduk muslim terbesar di benua Eropah, namun kaum muslimin di Perancis menghadapi banyak tekanan, ugutan dan seranga bersifat perkauman, khususnya oleh kelompok ekstrim kanan yang masa ini berkembang pesat di benua Eropah.





Berdasar laporan Lembaga Nasional Pengawas Gerakan Anti-Islam Perancis, selama 2011 jumlah serangan bersifat perkauman kelompok ekstrim kanan terhadap umat Islam Perancis meningkat 34 peratus berbanding tempoh 2010.

Pada hari Sabtu lalu 20/10 lalu kelompok ekstrim Perancis menyerang dan menghancurkan projek awal pembangunan sebuah masjid di bandar Bwatiye, Perancis Tengah. Mereka menolak pembangunan masjid di bandar tersebut.

Hasil bancian pemerintah Perancis linear dengan sebuah kajian yang pernah disampaikan pada awal tahun 2012 yang pernah dilaporkan akhbar London media Januari 2012.

Menurut kajian kumpulan think tank antar-agama Faith Matter Januari 2012 yang lalu, angka (mualaf) sebenarnya boleh mencapai 100,000 orang, dengan sebanyak 5000 mualaf baru setiap tahun. Anggaran sebelumnya menyebutkan jumlah mualaf di Britain antara angka 14,000 dan 25,000.

Ditanya mengapa orang-orang boleh menjadi mualaf dalam jumlah besar seperti itu, pengarah Faith Matter ini menjawab, "Saya fikir pasti ada hubungan antara peningkatan penukaran agama ini dan keunggulan Islam dalam domain umum. Orang-orang tertarik untuk mengetahui apa-apa tentang Islam, dan ketika mereka sedang mencari tahu mereka kemudian pergi ke arah yang berbeza ".

0 comments:

Post a Comment