20 October 2012

Kerajaan umumkan larangan bertudung setelah umat Islam di Russia Meningkat

Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Ucapan Presiden Putin ini pada Khamis lalu ketika ditanya pendapatnya tentang kes sebuah sekolah di selatan Rusia yang melarang pelajar Muslim memakai tudung semasa di sekolah.

Kes ini muncul ketika lima pelajar Muslim dilarang masuk ke kelas di sekolah mereka di Desa Kara-Tyube di selatan Stavropol minggu lalu lantaran memakai tudung. Sekalipun pada awalnya mereka masih boleh masuk sekolah pada September lalu secara bertudung. Namun akhirnya lima pelajar ini diberitahu bahawa mereka tidak boleh lagi masuk sekolah kecuali tidak bertudung.

Pengetua Sekolah Marina Savchenko mempertahankan keputusan itu. Menurutnya, pelajar yang memakai tudung dianggap telah melanggar peraturan sekolah, yang memerlukan para pelajar untuk memakai pakaian sekuler secara Umumnya Larangan Bertudung Disekolah

Kes ini membuat para ibubapa pelajar mengemukakan tuntutan ke pejabat kerajaan tempatan. Mereka mengeluh kerana sekolah telah melanggar hak-hak berperlembagaan kana.-kanak untuk mendapatkan pendidikan dan kebebasan beragama.

Pihak pendakwa akan melakukan penilaian undang-undang atas kejadian itu dalam masa 30 tahun dan mengambil tindakan yang tepat bila pengetua sekolah dianggap telah melanggar undang-undang.

Media massa Rusia menafsirkan ucapan Putin sebagai ungkapan sokongannya untuk larangan bertudung. Dalam menyuarakan penentangannya atas pemakaian tudung di sekolah, Putin menegaskan bahawa negara perlu mewujudkan keadaan yang sama untuk semua warga negara dan menyeru untuk menerapkan keseragaman di sekolah.

Putin menilai keupayaan untuk berdiri ke luar dari komuniti multiagama akan membuat penganut agama lain merasakan hak dan kebebasan mereka berkurang. Ia juga mencadangkan kerajaan daerah untuk memperkenalkan lagi sebuah  sekolah yang tunggal di seluruh Rusia, sistem yang pernah dilaksanakan di Kesatuan Soviet.

Persekutuan Rusia dihuni kira-kira 23 juta umat Islam yang tinggal di wilayah Caucasus dan beberapa republik di selatan iaitu Chechnya, Ingushetia dan Dagestan. Islam adalah agama kedua terbesar Rusia selepas Kristian Ortodoks dan mewakili 15 peratus dari 145 juta orang, menurut Ucapan Presiden Putin umat Islam di Rusia semakin banyak jumlahnya, tengoklah cerita seorang peguam muslim bandar Moscow di akhir musim sejuk lalu.

Menurutnya, umat Islam di ibu negara Rusia ini makin hari makin banyak dan kini dianggarkan lebih dari 2 juta orang jumlahnya. Pada solat hari raya Aidil Fitri di sebuah masjid agung bandar Moskow.

Related Posts:

  • Al Qaeda Jadikan Australia Sasaran Seterusnya Al Qaidah akan menjadikan Australia sebagai sasaran serangan mereka, hal ini diketahui dari majalah online milik organisasi tersebut yang baru saja terbit beberapa bulan lalu. Majalah Al Qaidah INSPIRE memperlihatkan ban… Read More
  • Taliban Semakin Kuat dan Hebat Anggota senior parlimen AS mengatakan kumpulan Taliban semakin kuat di Afghanistan sejak Amerika Syarikat menambah jumlah pasukannya pada tahun 2010. "Saya fikir kami berdua mengatakan bahawa apa yang kami dapati adalah … Read More
  • Arab Saudi Harapan Terakhir untuk pertahankan Israel Sebuah laporan terbaru dari Tel Aviv University mengatakan Arab Saudi adalah harapan terakhir dan garis pertahanan untuk Israel dan menggambarkan Saudi sebagai peluang terakhir bagi kepentingan politik Tel Aviv di dunia A… Read More
  • Bar dan night-club di Britain Bertukar Kepada Pusat Komuniti Islam Islam Britain telah menyambut baik persetujuan rasmi mengenai rancangan mereka untuk menukar bekas pub di barat Norfolk untuk menjadikan pusat komuniti Islam. Mereka berharap kewujudan Islamic centre tersebut akan membant… Read More
  • Hukum Mati Pada Penghina Rasulullah Parlimen Kuwait pada Khamis lalu, 3 Mei bersetuju penggubalan undang-undang yang membuat penghina Allah atau Nabi Muhammad SAW boleh dihukum mati. Keberanian ini mencetuskan perdebatan panas mengenai kebebasan bersuara … Read More

0 comments:

Post a Comment