4 October 2012

Fanatik: Ibu sumbat koyakan kitab injil dalam mulut bayi berusia 6 minggu sampai mati

Kitab suci seharusnya memandu orang menjadi lebik baik, namun yang berlaku di Britain malah sebaliknya. Seorang ibu sanggup menyumbat mulut bayinya yang baru berusia enam minggu menggunakan koyakan kertas kitab Injil.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Khamis 4/10 semalam, ibu durjana itu bernama Julia Lovemore, 41 tahun, dari Milton, Bandar Cambridge. Tidak puas sampai di situ, Lovemore juga mencelupkan kepala bayinya ke dalam air yang telah mengucap kalimah mentera, kemudian tubuh mayat puterinya itu dipijak-pijak.

David yang lebih muda dua tahun tidak kuasa mencegah tindakan kejam isterinya. Dia cuma boleh meraung-meraung di lantai ruang tengah rumahnya sambil memohon kepada Tuhan buat mengusir syaitan dari tubuh isterinya.

Tragis. David sejam kemudian memapah jenazah putri bungsunya itu ke hospital berdekatan. Dia ke sana ditemani anak pertamanya yang juga kritikal selepas mengalami seksaan sama oleh ibunya. Lovemore tiga tahun lalu pernah membekap wajah anaknya dengan bantal supaya berhenti menangis.

Dua pegawai kesihatan yang tetap melawat Lovemore datang pada pagi sebelum kejadian. Mereka tidak curiga terhadap keadaan mental Lovemore. Padahal, lima hari sebelum peristiwa itu, Lovemore membuat panggilan dan meminta petugas tidak perlu melawat dia lagi.

Pengarah perubatan di Cambridgeshire and Peterborough NHS Foundation Trust, Dr. Chess Denman, berkata pihaknya akan menangani serius kes ini. "Kami akan menyiasat secara dalaman. Kami bakal meningkatkan kualiti dan keselamatan perkhidmatan."

Polis saat ini sudah menahan Lovemore untuk masa tidak ditentukan.

Related Posts:

  • Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWTAdakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, me… Read More
  • Dahsyat Ribut Solar Terkuat Melanda BumiWASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku. Sebelum ini, radiasi r… Read More
  • Subhanallah!! Awan Berbentuk Tsunami Di Langit Segamat, Johor.Jika sebelum ni Budak Botak ada buat entry pasal Awan Bentuk Tsunami Di Langit Alabama... (",), kali ni ada awan berbentuk ombak besar pulak kat Segamat pada 24 Disember lalu. Makin banyak bentuk awan pelik2 ye, adakah… Read More
  • Ribut Padang Pasir Di Iraq (Gambar)Selalunya kawasan yang berdekatan gurun selalu la kena ribut pasir nie, tapi jangan ingat kat kawasan gurun ja boleh kena kat mana2 pon boleh terjadi sama ada besar atau kecik ja benda nie. Angin ribut ni dapat bergerak se… Read More
  • Hikmah pakar bedah pakai baju hijauSelalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yan… Read More

0 comments:

Post a Comment