21 November 2012

Saudi Melampau, Pembukaan Kedai Paris Hilton di Makkah dikecam Hebat

Pembukaan kedai baru di kota Makkah oleh wanita Amerika dan pewaris hotel, Paris Hilton, mengundang kecaman oleh umat Islam di seluruh dunia, menggambarkan langkah itu sebagai penghinaan terhadap kota suci. "

Walaupun kewujudan barang-barang dari Barat bukan perkara baru di Mekah, kehadiran kedai milik Paris Hilton yang terkenal dengan imej buruk tentunya mengundang reaksi keras daripada beberapa pihak.

"Tidak perlu melihat perniagaan mereka di sini kerana kita tidak memerlukannya," kata Sheikh Adnan Baharith, seorang mubaligh di Makkah kepada CNN, sebagaimana disiarkan onislam.net, Rabu 21 November.

"Jika (kuasa) itu di tangan kami, kami akan menutup semua kedai-kedai di Saudi."

Hilton telah membuka sebuah kedai yang menjual beg dan barang-barang mewah di bandar suci Makkah awal minggu ini. Kedai Hilton di Makkah Mall adalah kedainya yang kelima di Saudi Arabia dan kedai ke-42 di seluruh dunia.

"Suka dengan kedai baru saya yang indah yang baru saja dibuka di Makkah Mall di Arab Saudi," tulis Hilton di akaun Twitter-nya.

"Ini adalah kedai ke 5 di Arab Saudi, dan kedai nombor 42 secara keseluruhan! Bangga untuk jenama saya terus membesar!"

Reaksi juga muncul di dunia maya, dengan pelbagai komentar pedas mengarah tidak hanya kepada Paris Hilton, tapi juga kerajaan Saudi.

"Tidak dapat diterima untuk melihat seorang wanita seperti itu membuka kedai di sini," tulis seseorang di Twitter.

Sementara itu Laila Lalami, seorang penulis asal Maghribi yang berpusat di Los Angeles, AS, menulis melalui akaun Twitter, "Tempat-tempat agama di Madina dihancurkan, sementara itu Paris Hilton membuka kedai baru di Makkah Mall."

Raja Abdullah dari Saudi Arabia telah mendapatkan banyak kritik berkaitan pemodenan yang dilakukannya khususnya di 2 kota suci, Mekah dan Madinah. Beberapa tempat bersejarah dimusnahkan untuk dibina bangunan yang baru.

0 comments:

Post a Comment