28 November 2012

Subhanallah! Seorang Ibu berjaya Melahirkan anak ketika ia Diserbu Zionis Yahudi

GAZA - Seorang ibu meceritakan bagaimana ia berjuang untuk melahirkan bayinya sementara rumahnya sedang diserbu dan dikuarantinkan selama serangan oleh pasukan Israel dalam perang Gaza. Dia menjelaskan usaha berat yang dilakukan dalam keadaan di mana pihak perubatan dilarang untuk mendekati kawasan yang terpencil tersebut.

"Saya sangat takut" katanya. "Ibuku sudah membawa pergi bayiku ... tapi tali pusat belum keluar sepenuhnya, selepas kira-kira dua jam baru tali pusat boleh keluar."

Ibunda Nawal, Imtissal Samouni, mengatakan, "Serangan dan pemencilan mengurung kami. Saat itu malam hari dan tidak ada kuasa jadi kami menggunakan lilin sebagai penerangan.

"Saya berusaha untuk mengeluarkan talu pusat tapi serangan sudah mendekati rumah ... dan Nawal bermula pendarahan parah. Aku memotong tali pusat yang melilit di leher bayi itu dengan menggunakan sebilah pisau." kemudian dia terpaksa lari meninggalkan anaknya yang sedang dalam keadaan sangat menyedihkan tersebut.

Penduduk Banyak Yang Terbunuh

Pasukan Zionis Israel melarang paramedik memasuki kawasan yang digunakan oleh banyak keluarga untuk berlindung selama beberapa hari itu. Namun mereka akhirnya berjaya terlepas dari tembakan tentera Israel. Putra Nawal yang lain mengatakan, tentera Zionis Israel melihat mereka dan menembak mereka sambil tertawa-tawa.

Berdasarkan apa yang terjadi pada keluarga Samouni dan banyak lagi keluarga yang lain di Gaza, kejadian ini hanya awal dari pencerobohan Zionis Israel terhadap wilayah Palestin.

Wartawan Aljazeera Sherine Tadros yang membuat liputan perang di Gaza membenarkan cerita keluarga Samouni tersebut, dia mangatakan banyak sekali warga Palestin melihat ahli keluarganya dibunuh di depan mata mereka.

Lebih daripada 450 penduduk Palestin terbunuh dan rumah-rumah serta prasarana lain hancur kerana serangan Zionis Israel tersebut. Zionis Israel juga banyak dikritik hebat kerana menggunakan senjata buatan AS di wilayah berpenduduk padat di Gaza.

Gencatan senjata sementara

Badan Pengawas Nuklear PBB, IAEA, mengatakan akan melakukan siasatan terhadap penggunakan Uranium dan senjata terlarang lain oleh Zionis Israel.

Dewan keamanan PBB mengatakan mereka akan mengusahakan gencatan senjata sementara boleh menjadi perjanjian gencatan senjata "jangka panjang", dan menjamin supaya tidak ada lagi serangan melalui terowong dan Israel akan membuka semua sempadan.

Dewan keamana PBB juga mendedahkan "keperihatinan yang mendalam" atas tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gaza tersebut.

0 comments:

Post a Comment