10 November 2012

Pengarah Filem Hina Nabi Dihukum penjara 1 Tahun

Amerika Syarikat, - Orang di sebalik pembuat filem anti Nabi Muhammad yang mencetuskan protes berdarah di seluruh dunia telah menerima hukuman penjara selama satu tahun. Namun hukuman ini bukan kerana filem yang dia buat, melainkan disebabkan melanggar syarat-syarat masa percubaannya.

Mark Basseley Youssef, nama asli dari Sam Bacile, seorang Kristian Koptik asal Mesir, muncul di mahkamah pada Rabu, 7 November atas tuduhan melanggar syarat-syarat masa percubaan dalam pelanggaran sebelumnya, demikian pemberita onislam.net, Khamis 8 November lalu. Lelaki berdarah Mesir ini telah secara terbuka dikenalpasti sebagai Nakoula Basseley Nakoula. Tetapi, nama rasminya adalah Mark Basseley Youssef.

Sam Bacile telah menerima hukuman oleh hakim di California setelah mengakui empat pelanggaran untuk siri aksi penipuan pada 2010. Tak satu pun dari tuduhan itu berkaitan dengan isi filem kontroversi, Innocence of Muslim.

Padahal filem tersebut menyebabkan puluhan orang terbunuh di Timur Tengah dalam aksi protes terhadap filem tersebut. Hakim Daerah AS Christina Snyder mengatakan Nakoula, 55, harus menghabiskan 12 bulan di penjara ditambah empat tahun dalam pengawasan. Hukuman itu lebih rendah dari tuntutan Peguam yang telah mengemukakan hukuman dua tahun.

Youssef mengaku melakukan beberapa kesalahan pada masa percubaan. Dia mengakuinya apabila persidangan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Los Angeles.

Salah satu pelanggarannya adalah Youssef menggunakan nama samaran Sam Bacile. Beberapa pelakon filem 'Innocence of Muslims' mengaku Youssef menggunakan nama Bacile apabila menghasilkan filem kontroversi yang menghina umat Islam tersebut.

0 comments:

Post a Comment