19 November 2012

[Video] Protes Serangan ke Atas Gaza, Hackers Anonymous Serang balik beribu-ribu web Israel

Jurusalem - Kumpulan Para hacker antarabangsa Anonymous mengumumkan sebuah kenyataan melalui video pada Sabtu 17/11/2012 lalu yang di Youtube bahawa Anonymous mengatakan bahawa serangan terhadap laman Zionis Israel mencapai 10,000, sebagai balasan atas serangannya ke Gaza yang melanggar hak asasi manusia.

"Salam kepada warga dunia, ini adalah Anonymous. Telah menjadi perhatian kami bahawa pemerintah Zionis Israel berulang kali telah mengabaikan peringatan tentang pelanggaran hak asasi manusia, mematikan internet di Israel dan menganiaya rakyatnya sendiri dan mereka yang berada di negara-negara tetangganya. November 2012 akan menjadi bulan untuk dikenang bagi pasukan pertahanan Israel dan pasukan keselamatan internet, "kata Anonymous.

"Kami akan menyerang setiap dan seluruh laman-laman web yang kami anggap berada di Cyberspace Israel sebagai balasan atas penganiayaan terhadap orang-orang di Gaza dan kawasan lain."

Anonymous mendedahkan bahawa jumlah laman-laman Israel yang diserang dianggarkan 10,000 pada pukul 09:00 pagi waktu Pasifik. Laman-laman web yang telah diserang di antaranya adalah laman milik Kementerian Luar Negeri Israel, www.mfa.gov.il, dan Bank Jerusalem, www.bankjerusalem.co.il, dan syarikat-syarikat swasta milik Zionis.

"Serangan lebih jauh terhadap rakyat Gaza, rakyat Palestin atau kumpulan yang lain akan dianggap sebagai pelanggaran," kata Anonymous.

Anonymous dalam satu kenyataan juga mengajak para anggota Anonymous untuk melakukan protes sama terhadap kerajaan Israel.

"Saudara dan saudari Anonymous, kami mendesak kamu untuk memprotes kerajaan Israel dan segala yang berkaitan dengan kekuatan musuh," katanya. Anonymous tidak menyokong kekerasan oleh IDF atau Palestinian Resistance / Hamas. Perhatian kami ialah anak-anak Israel dan wilayah Palestin, serta hak-hak orang-orang di Gaza untuk tetap boleh mendapatkan laluan komunikasi terbuka dengan dunia luar, "tulis anonymous, seperti dilaporkan dari NBC News,

Namun serangan anonymous terhadap laman web yang lebih besar, seperti Kerajaan Israel dan tapak tentera yang menjadi target sasaran ternyata kurang berjaya. Meskipun laman rasmi kerajaan Tel Aviv tidak boleh loading, tapi laman Presiden Israel masih boleh diakses, namun responnya lambat.

Related Posts:

  • Polis tahan 6 suspek rangkaian dadah antarabangsaJAKARTA: Polis Nasional mengumumkan penahanan enam suspek penyeludup dadah yang dikatakan terlibat dalam rangkaian dadah antarabangsa. Jurucakapnya, Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution semalam berkata, “Sindiket itu me… Read More
  • Iran ulang ancamanTEHERAN: Ahli Parlimen kanan Iran meningkatkan ancaman untuk menutup laluan kapal minyak di Teluk Parsi selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan ke atas eksport petroleum, sekali gus ekonomi negara terbabit. Keput… Read More
  • Bahan kimia, peralatan buat syabu dirampas kastam FilipinaMANILA: Pihak berkuasa Filipina merampas satu penghantaran yang diisytihar sebagai “barangan dapur” bersama bahan kimia yang disyaki digunakan untuk membuat dadah methamphetamine dengan kuantiti yang banyak. Penghantaran… Read More
  • 6 diplomat Israel terima sampul ‘anthrax’BAITULMAQDIS: Enam diplomat Israel dalam misi ke Eropah dan Amerika Syarikat menerima sampul surat berisi serbuk putih dikhuatiri anthrax, lapor media semalam. Menurut akhbar Israel itu, kedutaan di The Hague, Brussels dan… Read More
  • 15 nelayan mati dalam serangan rebut kawasanMANILA: Beberapa lelaki bersenjata menembak mati 15 nelayan Filipina dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serangan di laut, dipercayai oleh kumpulan yang bermusuhan, menurut tentera. Jurucakap tentera wilayah, Lefte… Read More

0 comments:

Post a Comment