10 November 2012

Pengajaran: Rupa Jenazah yang hidupnya tidak pernah solat

Ketika perang teluk berlangsung, aku sedang berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa mengebumikan mayat di Kuwait yang aku mengetahuinya dari masyarakat setempat. Salah seorang daripada saudaraku menghubungiku meminta agar mengebumikan ibu mereka yang meninggal.

Kami buka lubang kemasukan dan kami turunkan dari bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami tangkap kembali sehingga aku mendengar dari retak tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga terlihat auratnya. Aku akan melangkau ke jenazah dan menutup aurat tersebut.

Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang ngeri. Matanya terbeliak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan segera memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Setelah sampai di pangsapuri, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Ia bersumpah agar aku menceritakan apa yang terjadi saat memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun ia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Ia berkata, Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz-red), ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan.

Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas suul khatimah hamba-Nya yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang berakal.

Daripada Yusuf Mansur

Related Posts:

  • Duhai wanita!! Azab perempuan di nerakaMaka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra’ dan Mi’raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda … Read More
  • Fakta Laut Mati dan Misteri Hancurnya Kaum Homoseksual Dalam berbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian diazabnya umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di p… Read More
  • Sedarlah!! Malaikat Maut Mengintai Kita 70 Kali Sehari MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasa… Read More
  • 6 Teka-Teki Imam al-Ghazali Kepada Murid-MuridnyaSuatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Orang … Read More
  • Taubat seorang wanita penzina Imam Muslim dalam Shahihnya, dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara par… Read More

0 comments:

Post a Comment