20 November 2012

Perang Hacker berlajutan, Beribu Laman Israel sudah Dilumpuhkan Anonymous

Gaza - Kumpulan Para hacker antarabangsa Anonymous menerbitkan sebuah kenyataan melalui video pada Isnin 19/11/2012 lalu Lebih dari 44 juta hacker menyerang website pemerintahan Israel sejak serangan di Gaza seminggu yang lalu. Dari jumlah hacker tersebut 10 juta menyerang laman Presiden Israel, 7 juta menyerang laman menteri luar negeri, dan 3 juta menyerang laman perdana menteri israel.

Para Hacker Tampikan di Youtube bahawa Anonymous mengatakan bahawa serangan terhadap laman Zionis Israel mencapai 10,000, sebagai balasan atas serangannya ke Gaza yang melanggar hak asasi manusia.

Menteri kewangan Israel Yuvai Steinits mengatakan dari jumlah tersebut hanya satu hacker yang berjaya, tapi dia tak sebutkan nama dari hacker tersebut. Akibat serangan itu laman mereka sempat terhenti selama 10 minit tak berfungsi.

Menurut pihak yang tak ingin diketahui, sebuah kumpulan aktivis cyber antarabangsa, beritahu lebih kurang 700 websites Israel menjadi sasaran pemusnahan sejak serangan udara di Gaza. Dan salah satu kegemaran yang diserang adalah laman kementerian luar negeri Israel. Dia mengatakan pula yang diserang adalah internal database kementerian tersebut.

Khamis pagi minggu lalu, menurut pihak dalaman kerajaan, Israel memanggil beberapa kontra hackers untuk membantu dan melindungi website kerajaan mahupun tentera Israel dari serangan hacker dari pihak luar.

Anonymous mendedahkan bahawa jumlah laman-laman Israel yang diserang di antaranya adalah laman milik Kementerian Luar Negeri Israel, www.mfa.gov.il, dan Bank Jerusalem, www.bankjerusalem.co.il, dan syarikat-syarikat swasta milik Zionis.

"Serangan lebih jauh terhadap rakyat Gaza, rakyat Palestin atau kumpulan yang lain akan dianggap sebagai pelanggaran," kata Anonymous.

Anonymous dalam satu kenyataan juga mengajak para anggota Anonymous untuk melakukan protes serupa terhadap kerajaan Israel.

"Saudara dan saudari Anonymous, kami mendesak kamu untuk memprotes kerajaan Israel dan segala yang berkaitan dengan kekuatan musuh," katanya. Anonymous tidak menyokong kekerasan oleh IDF atau Palestinian Resistance / Hamas. Perhatian kami ialah anak-anak Israel dan wilayah Palestin, serta hak-hak orang-orang di Gaza untuk tetap boleh mendapatkan jalur komunikasi terbuka dengan dunia luar, "tulis anonymous, seperti dilaporkan dari NBC News,

0 comments:

Post a Comment