Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi
ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang
bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne
Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya
seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari
sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.
Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun
ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat
jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe
Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor
mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan
berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha
itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si
bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga
memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang
dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi
ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
Setelah pasukan doktor berjaya
mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu
ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke
unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil
dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin
diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.
0 comments:
Post a Comment