8 October 2012

Susah dapat kerja, Islam di Australia terpaksa tukar nama Kristian

Menghadapi diskriminasi terang-terangan dalam bidang pekerjaan, Muslim Australia berubah nama mereka menjadi nama barat untuk meningkatkan peluang kerja mereka.

"Ini menyedihkan banyak Muslim merasa terdorong untuk melakukan hal ini," kata Keysar Trad, pengasas Persatuan Persahabatan Islam, kepada The Telegraph Australia pada 7 Oktober, sebagaimana dilaporkan onislam.net.

Tokoh masyarakat muslim tersebut mengeluh bahawa trend telah menjadi semakin umum dengan beberapa Muslim secara undang-undang menukar nama mereka.

"Banyak orang yang berubah dari Mohammed ke Michael, Ahmed ke Allan, Haroun ke Harold dan yang lain merubah Mohammed ke Jim, meskipun tidak ada hubungan antara kedua-duanya," katanya.

Trad mengatakan bahawa orang Australia dengan nama tradisional muslim sering mengalami diskriminasi agama yang ketara ketika memohon pekerjaan.

"Saya sudah mendengar banyak kes dalam mana orang telah memohon pekerjaan menggunakan nama Islam dan tidak mendapatkan (peluang) temuduga, kemudian menelefon dan memberikan nama yang berbeza dan dipanggil semula untuk temuduga," katanya.

Eddie Chehab, 49, dari Drummoyne, adalah salah satu dari pendatang Muslim yang telah menukar namanya tiga puluh tahun yang lalu. Menukar namanya dari Mohammed ke Eddie, ia menyebutkan pekerjaan sebagai alasan untuk perubahan kerana pelanggannya kesulitan untuk mengucapkan namanya.

"Saya melihat betapa susahnya bagi orang untuk menyebut nama saya dengan betul, itulah sebabnya saya mengubahnya," kata Chehab.

"Tapi banyak generasi muda (hari ini) mereka merubah kerana alasan pekerjaan."

Muslim, yang telah berada dalam Australia selama lebih dari 200 tahun, membentuk 1.7 peratus daripada 20 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar selepas Kristian.
 
Keprihatinan

Ada banyak orang yang anda temui bercakap tentang fakta yang mereka menukarkan nama mereka untuk tujuan kerja atau kerana orang merasa terlalu sukar untuk diucapkan atau itu asing," kata Pengerusi Diskriminasi Ras Helen Szoke.

"Ada bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang melakukan hal ini kerana mereka merasa hal itu meningkatkan atau menaikan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan."

"Kita semua cenderung untuk mengupah orang-orang seperti diri kita sendiri," kata David Chalke, seorang pemerhati sosial.

0 comments:

Post a Comment